SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Thursday, 1 September 2011

Awal Pagi 23 Februari 1950



                                                     ----- Awal Pagi 23 Februari 1950 -----

Dalam keheningan sejuk hawa subuh,
Riang bunyi cengkerik bersahut,
Disambut dengkur mata-mata kehabisan tenaga,
Disulami rengekan anak-anak mengigau mimpi,
Ibu menepuk-nepuk agar lena kembali.

Namun kebahagiaan itu hilang,
Keindahan suasana itu pudar,
Apabila 200 lembaga kekuningan berbintang merah menyerbu,
Mereka mengatur langkah,
Memerhati..mengepung sejenak penjuru,
Bersinar api benci...bertiup angin dendam,
Mereka mahukan darah.

Percikan bertih senjata api membelah hening,
Butir-butir api berahi kuasa dipancarkan sesuka rasa,
Grenade-grenade dibaling dengan rasa bongkak,
"Kita akan kalahkan mereka sebelum subuh".

Tapi mereka tidak sedar,
Di dalam rumah pasung itu tersedia anak-anak Melayu,
Bersemangat tabah membasmi pengkhianat negara,
Mereka akan melawan,
Biar tinggal tulang pada daging,
Dan mereka akan mati dalam keadaan bangga,
Namun undur dan menyerah bukan pilihan.

200 lembaga kekuningan berbintang merah terus menyerang ganas,
25 mata-mata terus mempertahankan,
Dari sebelum subuh enjak ke pagi,
Peluru bertukar peluru,
Darah bertukar darah,
Air mata kering tak terkata,
Peluh terurai umpama hujan layaknya.

Usai pertempuran pagi itu,
Hangit,hangus,tengik dan hamis,
tubuh-tubuh mata-mata dan keluarga terkulai layu,
200 lembaga kekuningan berbintang merah bersorak gembira,
Namun mereka dayus,
dan kalah sebenarnya,
Melawan semangat 25 anak Polis Melayu Balai Bukit Kepong berserta keluarganya,
Yang tetap bertempur hingga ke hujung nyawa.

Al Fatihah...
Muhamad Sodbaroya 2303 Bdr Tsk Kesuma.

Wednesday, 31 August 2011

Bahaya seekor semut pada PEMIMPIN POLITIK ?

Sumber :Minda Hamba Sendiri mengulas tentang BAHAYA semut pada masyarakat POLITIK Malaysia.Ini kerana seekor semut yang jatuh di dalam air minuman ..jika diminum akan menyebabkan penyakit LUPA..
LUPA diri.
LUPA daratan..
LUPA ceramah.

Contoh ikon LUPA tanahair..Mat Sabu yang dalam satu ceramah LUPANYA menyokong kejadian serangan KOMUNIS ke atas Balai Polis Bukit Kepong.Malahan dia dalam KELUPAAN telah mengangkat KOMUNIS sebagai wira dan menidakkan JASA  POLIS2 yang berjuang bermati-matian di sana .

Mat Sabu LUPA jua telah menidakkan jasa2 pejuang kemerdekaan negara yang pening kepala bagaimana mahu memerdekakan MALAYA tanpa pertumpahan darah...

Jadi Sumber:Minda Hamba Sendiri mengingatkan agar pemimpin politik mengambil langkah drastik atau ubat semut bagi mencegah serangan semut yang mengakibatkan : LUPA.

Hohohohohohoh...LUPA atau saja melupakan ?

ROMANTISNYA Melayu...MANISnya ISLAM....



Sumber
:Minda Hamba Sendiri meng
ulas tentang isi hati aktress Malaysia-India Bkay Nair yang baru2 ini muncul dalam drama "Dewi Cintaku" mengatakan yang dia lebih gemar berteman/dating dengan jejaka MELAYU menurut mStar spt yg dilaporkan oleh web Daily Chilli .

Ini kerana menurutnya jejaka Melayu lebih romantis,diulangi ROMANTIS !! malah keluarganya jua memberi kebebasan dalam memilih teman,walau dari apa bangsa juga agama.Tambahan lagi dua bapa saudaranya telah memeluk Islam.

Insyaallah..kita doakan agar bertemu insan yang dapat membuka dan membimbingnya menyelami MANIS nya ISLAM dan ROMANTISNYA Melayu..:) :)

Hohohoohaoahoahaohho............kuch,kuch hota hai.....suke  :)