SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Friday, 27 July 2012

SATU MALAYSIA !!

Mengkritik sebab SAYANG !!

Sumber:Minda Hamba Sendiri agak kurang selesa dengan lirik lagu tema kemerdekaan ke 55 Malaysia.Ianya berbaur bodekan dan pendewaan pemimpin tanpa melihat sentimen dan semangat kemerdekaan itu sendiri.


Mantan PM Tun Dr M sendiri pernah menempelak budaya membodek dan budaya men'dewa'kan pemimpin. ( bersih ,cekap dan amanah )


Lirik tema kemerdekaan yang sepatutnya berkisar pada kemajuan dan kesinambungan perjuangan rakyat dan pemimpin menuju kemerdekaan di saluti dengan unusr-unsur politik jelas dan bukannnya PATRIOTIK.


Lirik tema kemerdekaan yang sepatutnya membuka mata generasi muda tentang kemanisan MERDEKA....pahit maung pengorbanan pejuang bangsa Malaysia............dan bersyukur dengan nikmat Allah kerna sudi meminjamkan erti MERDEKA selama 55 tahun kini kabur ....


Sumber:Minda Hamba Sendiri...........aku mengkritik sebab aku sayang !!

BAJU KURUNG ohh BAJU KURUNG !!!

sabar dik non....

Sumber:Minda Hamba Sendiri ingin menasihati para sahabat yang gemar membeli secara ONLINE lewat facebook agar berjaga dan berwaspada dengan segelintir individu yang tak bertanggungjawab.

PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima. Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.


Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

 “Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam. Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

 “Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.

Sumber:Minda Hamba Sendiri........tak dapat nak melaram.... :(

Tuesday, 24 July 2012

ALLAH MENJAWAB bacaan AL FATIHAH kita....


::: "Allah Menjawab bacaan AL-FATIHAH Kita" :::


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pada saat kita membaca surah Al-Fatihah sewaktu kita Shalat,
kebanyakkan membaca Al-Fatihah dengan tergesa-gesa tanpa berhenti,
dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan Shalatnya.
Padahal sewaktu kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah
tersebut, Allah menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman :
"Aku membahagi Shalat menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku".

Ertinya, tiga ayat diatas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah,
dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

-Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin".
Allah menjawab :"Hamba-Ku telah memuji-Ku".

-Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim" ,
Allah menjawab : "Hamba-Ku telah mengaagungkan-Ku".

-Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin" ,
Allah menjawab :"Hamba-Ku memuja-Ku"

-Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in” ,
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.

-Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim,
Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.” ,
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.
Akan Ku penuhi yang ia minta.”. (H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.
Rasakanlah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut,
sebab Malaikatpun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barang siapa yg ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat,
maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”.
(H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud dan An-Nas).
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sumber:Minda Hamba Sendiri.........

Sunday, 22 July 2012

"Saudara kita yang diANJINGkan di Myammar"



                                                   
                                                         Saudara kita diseksa di sana....

Sumber:Minda Hamba Sendiri mengajak pembaca sekalian supaya BERDOA supaya saudara seagama kita di Myammar iaitu etnik Rohingya terpelihara keselamatan mereka dari puak kafir yang zalim.

Di harap kerajaan / ngo's / parti2 / pertubuhan-pertubuhan dapat membantu saudara seagama kit di sana.Walau dasar kita untuk tidak mencampuri hal ehwal negara lain,namun atas dasar setiakawan dan semangat ASEAN,sepatutnya kita bersuara atau setidak2 nya menghulurkan bantuan kemanusiaan.

PERTAHANKAN AGAMA kamu...jangan gentar.....!!!
Doa kami akan terus mengiringi....

Sumber:Minda Hamba Sendiri -- :(           speechless !!