SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Friday, 9 September 2011

PYAR..LOVE..CINTA terhalang = BUNUH DIRI ?




Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas ttg peristiwa BUNUH DIRI kerna pyar...cinta.
HArus diingati buat remaja2 @ remajatua di luar sana..adalah HARAM hukum nya biar apa jua alasannya.
Yaa..cinta itu penting..tapi adakah kepentingannya melebihi tanggungjawab untuk HIDUP di dunia?

AL FATIHAH dan sekalung TAKZIAH

AL-FATIHAH...

Sumber:Minda Hamba Sendiri mengucapkan salam takziah dan sekalung Al Fatihah....:( Moga rohnya berada di bawah lembayung kasih Sang Maha Pencipta.

Remaja yang menghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, yang impiannya untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan bulan lepas, meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam.

Menurut pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada di rumahnya di No 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping dan akan dikebumikan esok.

Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya.

Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping Perak. - Bernama
Anda mungkin juga meminati:

JAKIM ade jambang tapi tak ade TUUUUT ?

Sumber:Minda Hamba Sendiri dlm post yang lepas telah mengutarakan tentang tindakan BARBARIAN seorang insan bernama Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.Barbarian atheis ini telah menggemparkan Malaysia dengan kebiadapan..kezalimannya menghina agama ISLAM. Sumber:Minda Hamba Sendiri telah  mengikuti kronologi kebiadapannya bermula dari awal tahun lalu.

Jingga 13, sebuah badan NGO, yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger hari ini telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.Di atas inisiatif dan rasa bertanggungjawab,mereka rela ber'jihad' tanpa bayaran.

Memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi.

Memorendum itu diterima dengan baik, malah pegawai tersebut meskipun mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, difahamkan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak pentadbiran atasan.

Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besaran kepada manusia barbarian  yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Manusia biadap ini masih bebas menghina, mencaci, mencarut serta menyiarkan gambar-gambar menghina Allah SWT dan Rasullulah SAW di internet. Malah semakin banyak laman blog, Twitter dan facebook diwujudkan untuk menghina dan mencaci Islam.

Di bawah ini salinan memorendum yang telah dihantar kepada SKMM.


Kira-kira jam 2:30 petang, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di Putrajaya.

Pihak Jingga 13 disuruh menunggu sementara pegawai jabatan itu akan dihantar untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tak kunjung tiba, sebaliknya Polis yang dihantar.


Pihak Polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak kementerian tidak mahu menerima memorandum ini kerana penghinaan terhadap Islam ini bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.

Maka jawapan ini jelas membuktikan bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan terus bebas menghina, mencaci Islam, Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini manusia biadap ini terus-terusan memaki hamun, menganjing, membabi, serta mencarutkan Allah dan Rasul kerana badan Islam paling besar di Malaysia, JAKIM mendakwa mereka tiada kuasa.

Hohohohohoho-Jakim tiada kuasa...hanya menjadi perhiasan agama.....hohohoo..takuttttt !!

Kredit to: Blogger Milosuam

Tuesday, 6 September 2011

DOKUMEN berdarah......

Sumber:Minda Hamba Sendiri berterima kasih di atas keprihatinan rakan blog..Sg Rapat Online dlm menyelidik dan menghurai dokumen bersejarah Bukit Kepong.Terima kasih dan Sumber:Minda Hamba Sendiri panjangkan sebagai rujukan pengetahuan am pembaca....jua mohon disedekahkan Al Fatihah buat mereka2 yg terkorban.

PAS buat " WIKANG "....skreeeeeet !!!

Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang sumber berita dari Bernama yang antara lain memuatkan berita tentang parti PAS yang sanggup menelan pahit ludah mereka berhubung isu mengangkat komunis dan menghina tokoh kemerdekaan negara.

Bila dah tak ade modal nak di'spin'...bila dah putus urat merih..barulah mengaku.....hmmmm...Masa nak berceramah dulu main taram..laa nie hang ngelupuq....

Hohohohoho.....macam2...

Monday, 5 September 2011

Abang Mat ,bawa rombongan tue nak ke mana?


JOHOR BAHRU: Anak perempuan Allahyarham Koperal Abu Bakar Daud, salah seorang anggota polis yang cedera parah dalam serangan komunis di Bukit Kepong, 61 tahun lalu, enggan menemui Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang datang bersama rombongan ke rumahnya di Bandar Baru Uda, di sini semalam.

Jamilah Abu Bakar yang ketika itu baru berusia empat tahun dan melihat sendiri bapanya ditembak bertubi-tubi, tidak dapat menerima kenyataan pemimpin PAS itu yang mendakwa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan, adalah pejuang kemerdekaan kerana menentang British yang menjajah negara ketika itu.

“Tak payah datang, saya tak mahu berjumpanya. Ia amat keterlaluan hingga menyebabkan luka lama berdarah kembali. Macam mana saya boleh terima kedatangan orang yang menafikan pengorbanan dan perjuangan bapa dan rakan-rakannya mempertahankan maruah bangsa dan negara hingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri, sedangkan dia (Mohamad) boleh pula mengagungkan komunis.

“Kata-katanya tidak boleh dimaafkan. Saya ketika itu berusia empat tahun, menyaksikan sendiri arwah bapa berusia 29 tahun, cedera parah terkena tembakan di badan. Saya juga melihat ibu, Fatimah Ya’aba, mengambil alih mengangkat senjata sehingga dia terbunuh ketika berbalas tembakan dengan komunis. Adik lelaki saya berusia dua tahun juga mati tertembak.

“Kenyataannya (Mohamad) seperti mengungkit kembali sejarah hitam yang terpalit dalam hidup saya selama ini. Saya tidak mahu ia dikenang lagi kerana ia membuat saya tertekan,” katanya yang kini berusia 65 tahun ketika ditemui selepas menolak hasrat rombongan pemimpin PAS untuk berkunjung ke rumahnya, di Persiaran Barli, Bandar Baru Uda.

Bapanya meninggal dunia pada 1979 akibat penyakit barah.

Rombongan Mohamad atau Mat Sabu yang menaiki beberapa kenderaan, termasuk sebuah Proton Exora berwarna merah hati tiba di jalan masuk menuju ke rumah Jamilah kira-kira jam 2.30 petang.
Menyedari kehadiran tidak dialu-alukan keluarga dan jiran Jamilah, kenderaan yang membawa Mat Sabu yang dipandu Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat, beredar dari situ sementara seorang wakilnya bersemuka dengan keluarga Jamilah di surau berdekatan.

Di surau itu, sepupu arwah suami Jamilah, Raja Zainal Abdullah, 74, dan jirannya, Mokhtar Jalok, 72, bersemuka dengan Naib Yang Dipertua PAS Pulai, Zaaba Ibrahim dan menyampaikan keputusan Jamilah menolak kunjungan itu.

Zaaba yang dihubungi selepas itu, mengesahkan Mat Sabu terpaksa beredar berikutan keengganan keluarga Jamilah menerima kunjungannya. Sebelum rombongan tiba di laluan menuju ke rumah Jamilah, seorang wakil PAS beberapa kali menghubungi anak bongsunya, Raja Zamzura Raja Buntat, 32, bertanyakan jika wakil Berita Harian dan TV3 berada di rumahnya.

Raja Zamzura mendakwa, wakil rombongan itu agak marah apabila diberitahu wakil media turut berada bersama kerana sudah meminta keluarga Jamilah tidak memaklumkan kepada media dan penduduk kampung berhubung kunjungan itu.


Abang Mat mahu menjilat LUDAHnya kembali...kok mau bertemu..udahlah dihina...aduhai....

Hohohohohoho...nak kemana  ramai2 tue Abang Mat...mau bawak rombongan meminang? hohohoho









Sunday, 4 September 2011

Auuuw.Mak tak rela U......anak ikan MAK !

Nuffnang Ads
  Sumber:Minda Hamba Sendiri berbelah bagi naktergelak ke sedih ke simpati ke bila baca kisah neh. Kalau dulu bergaduh ber-rebutkan perempuan ialah perkara yang paling memalukan anggapan kaum adam. Tapi kini.. hahaha pasal lelaki pun boleh gadoh2 rebut sesama mereka sampai baling2 asid. Aduhaii.. rasa simpati tapi nak tergelak pun ada. Nampak sangat larh dunia neh dah semakin tua.. yelah semakin pelik dan songsang nafsu kebatinan manusia sekarang neh. Macam2, baca bawah neh ;
KANGAR: Gara-gara berebut pondan, seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) cedera parah disimbah cecair dipercayai asid ketika baru pulang di rumah sewanya di Taman Seri Bakau, awal pagi kelmarin.

Pelajar berusia 21 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas melecur di bahagian muka dan lengan kanannya akibat terkena cecair disimbah seorang lelaki yang menaiki motosikal.  Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, polis tidak menolak serangan itu bermotifkan cemburu berikutan kehadiran pondan bersama mangsa di rumah berkenaan. 

Katanya, kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin dan pihaknya sudah menahan seorang suspek iaitu remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung serangan terbabit. “Suspek dikatakan turut meminati pondan yang menetap bersama mangsa. Dia yang bekerja sebagai buruh ditahan kira-kira 12 jam selepas serangan di rumahnya di Simpang Empat. -HM-


Nauzubillah..........Hohohohoohoo.anak ikan mak !!!