SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Saturday, 27 August 2011

Komunis dijulang Polis dipertikai - Hadiah bermakna sempena AIDILFITRI ..



Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya,dia mengatakan bahawa polis2 tersebut adalah polis British,jadi tidak layak dianggap PEJUANG. --- Jadi siapa yang layak ? Chin Peng ? hohoho

Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu mendakwa bahawa sejarah telah dimanipulasi oleh pihak pemerintah hingga generasi muda buta siapa itu pejuang negara.

Namun adakah Mat Sabu sedar atau celik tentang siapa itu pejuang negara ? Adakah Mat Sabu mahu mengangkat dirinya setaraf pejuang negara ?

Adakah 25 anggota polis dan ahli keluarganya serta Home guard yang terkorban di Bukit Kepong itu ditafsirkan PENGKHIANAT oleh Mat Sabu ?

Dan ahli2 Bintang Tiga yang menyerang serta membakar balai polis itu sebagai WIRA NEGARA ?



hohohoho..songsang..agak2lah mahu UNDI...

Apabila HALAL itu cuma satu COP PERNIAGAAN....Gua tak kisah lol.

MCA  telah menempelak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),beliau menganggap JAKIM  tidak wajar bersikap kertelaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal.. 

sebaliknya harus menyediakan lebih banyak ruang untuk berkomunikasi khususnya membabitkan pengusaha bukan Islam..

“Walaupun saya faham Jakim mahu mewujudkan standard antarabangsa, mereka perlu membenarkan ruang untuk komunikasi. Mereka tidak boleh bersikap keterlaluan dalam mengendalikan soal mengeluarkan sijil halal,” tegas Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) di sini hari ini.

Dr Chua berkata demikian ekoran banyak aduan daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengenai validasi pengesan DNA yang baru dilaksanakan untuk mengesan pencemaran komponen khinzir dan anjing.

Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas mengenai campur tangan MCA dalam isu cop halal dan JAKIM.Presiden MCA secara membuta tuli menembak JAKIM tanpa usul periksa dan ukur baju di badan sendiri.
Sepatutnya dia boleh berfikir secara rasional dan harmoni dan bukan bersikap berat sebelah dalam mengulas mengenai isu cap HALAL tersebut.

Ini negara ISLAM dan sepatutnya pengusaha2 bukan ISLAM mengambil berat tentang HALAL dan HARAM dalam makanan yang dikilangkan mereka.

Manakala JAKIM seharusnya TEGAS mengambil tindakan dalam isu ini...jika mereka berdegil,tarik saja sijil halal tersebut dan war-warkan dalam media atau portal JAKIM sendiri supaya umat Islam tidak lagi tertipu.Bukan saja produk2 dlm negara,malahan luar negara juga.

Dalam masa itu,pintu rundingan perlu juga dibuka seluasnya...

Pengguna Muslim juga perlu menjadi mata dan telinga JAKIM dalam menyalurkan maklumat.


Hohoho.....lagi mau marah kaaa ?

Sumber:Minda Hamba Sendiri ---- Betul kata betul..salah kata salah...!!!!

Friday, 26 August 2011

Apabila HARAM itu dijadikan HALAL....

Sumber:Minda Hamba Sendiri memetik sebuah blog sebagai tatapan dan peringatan semua.

Berhati-hatilah ketika membeli daging di Indonesia. Ini kerana daging "lembu" yang dijual di sana belum tentu halal!!
Gambar sebelah menunjukkan seorang penjual daging di Padang, Indonesia. [Sumber )
Ini pula adalah gambar yang diambil di Cilatan, Jakarta. [Sumber]
Mengejutkan apabila rakyat Indonesia mengatakan bahawa daging babi itu halal. Lihat gambar sebelah (klik untuk diperbesarkan). Astaghfirullah.
Bukan itu saja, di Indonesia juga terdapat mee dengan rasa campuran ayam dan babi. Lebih mengejutkan mereka mengatakan ia 50% halal kerana separuh babi, separuh ayam. Hahaha. Produk ini dihasilkan oleh syarikat Gesifood Indonesia.
Tidak hairanlah jika mereka mengganggap babi sebagai antara makanan tradisi mereka. Babi Guling contohnya menjadi kegilaan masyarakat Indonesia di Pulau Bali. [Sumber].
Malah, babi guling dijual di secara meluas di medan selera di negara pulau tersebut.




PENGEMIS ZAKAT...syuuuh..syuuh


Sumber:Minda Hamba Sendiri merasa terpanggil membicarakan hal ini,mungkin kerana selepas membayar zakat tempohari membuatkan minda ini tertanya2...kenapa dengan kekayaan ZAKAT di Malaysia ini,masih ada yang merempat,mengemis malahan MURTAD kerana kemiskinan.

Sementelah dengan hangatnya isu MURTAD dikaitkan dengan pemberian wang zakat,jadi seharusnya kita sebagai pembayar wajib zakat menggesa pihak bertanggungjawab keluar dari kepompong keselesaaan di pejabat dan pergi mencari mereka2 yang BERHAK menerima zakat,bukan sekadar duduk menunggu mereka mengesot merangkak mengemis demi seratus dua wang zakat saban tahun.

Sumber:Minda Hamba Sendiri pernah bertanya hal ini, ada yang menjawab; mana kita tahu, mereka tidak dapat meminta. Sebenarnya, tidak sepatutnya pengurusan zakat terlalu banyak bergantung kepada borang pemohonan. Usaha mencari adalah lebih utama. Ini kerana kebanyakan ‘mak cik-mak cik’ yang telah tua itu amatlah beban bagi mereka untuk mengisi borang. Bahkan dalam Islam, orang miskin yang tidak meminta itu lebih afdal untuk diutamakan. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 273:

(maksudnya) “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak. dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.

Orang miskin dikenali dengan ciri-cirinya, sekalipun tidak meminta. Demikian penjelasan ayat ini. Malanglah bagi pengurusan zakat, jika stesyen televisyen dapat menemui mereka yang miskin melarat lagi menderita, tetapi yang diamanahkan untuk menguruskan zakat tidak berjumpa. Islam tidak suka budaya meminta. Ia suka budaya mencari untuk memberi. Menubuhkan badan penyiasat kemiskinan sebahagian dari tanggungjawab pengurusan zakat.


Juga adalah mendukacitakan, jika wang zakat ini diberikan sekadar seratus atau dua ratus yang hanya cukup untuk setengah bulan atau sebulan. Kemudian terpaksalah si miskin menunggu tahun hadapan pula. Lebih malang lagi jika mereka terpaksa menunggu majlis yang dihadiri wartawan untuk mengambil hak zakat mereka. Sepatutnya zakat diberikan dengan kadar yang mengeluarkan si miskin dari daerah kemiskinan.
 Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”.
Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah)
Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Jadi berikan yang HAK kepada yang BERHAK supaya anda yang bertanggungjawab tak disoal waktu di sana nanti..........

Hohohohoho......sekadar memberi peringatan...harap ambilnya sebagai jernih,bukan keruh..hohoho

Wednesday, 24 August 2011

TEMBAKAU terhasil dari AIR KENCING IBLIS

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”


Hohohoho....hmmmm,,,,

Rumah Terbuka Perdana Menteri sempena Aidilfitri.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos  - Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Jemaah Menteri akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya pertama di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya.
Rumah Terbuka itu adalah dari tengah hari hingga 6 petang, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Bagi memastikan kelancaran trafik di kawasan Seri Perdana, orang ramai diminta supaya menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma.
Sebanyak 12 buah bas akan beroperasi dari 11 pagi hingga 7.30 malam dari empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park & Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dengan kekerapan bas selang 15 minit setiap satu.

Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, akan juga mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, pada 18  Sept dari 10 pagi hingga 2 petang.

Berita Bertarikh 24 August 2011 Pada 12:52 PM

Tuesday, 23 August 2011

RM 9 vs RM 20 Made In China...



Sumber:Minda Hamba Sendiri mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Namun dalam kemeriahan menyambut hari raya,ada beberapa perkara yg kita perlu ambil berat iaitu Lambakan kuih raya murah dari CHINA.Jgn terllalu GHAIRAH,kita abaikan isu ini..

Kuih2 raya MURAH yang makin galak dijual di pasaraya2 ini menimbulkan 1001 KERAGUAN tentang status HALALnya.
Adakah Jabatan Agama terlepas pandang ?
Adakah cop halal itu palsu ?
Apakah bahan2 membuat kuih itu HALAL ??

Dalam isu halal haram yg makin membara dewasa kini..wajib kita mengetahiunya.

Lambakan kuih raya itu jua mendatangkan persaingan yang tidak sihat kepada pengusaha bumiputera yg rata2nya merasa terganggu,mana kan tidak RM 9 untuk 200-400 g berbanding RM 20 bagi produk leuaran tempatan..

UMPAMA POTONG LEHER oooo !!!

Hohohoho....kuih raya Made In China.....baik ko ambik pedang,kasi tetak leher oooo.
Sumber Minda Hamba Sendiri mengucapkan TAKZIAH dan sekalung Al Fatihah kepada mangsa.
Sumber:Harian Metro

PASIR MAS: Mayat seorang tukang rumah ditemui dalam keadaan seperti duduk antara dua sujud dengan kopiah masih melekat di kepalanya selepas dihempap runtuhan kepingan konkrit penutup longkang setebal kira-kira 10 sentimeter dan ditimbus pasir ketika pergi ke kawasan longkang berhampiran tempatnya bekerja dekat Kampung Lati, di sini, untuk membuang papan lapis di bawah kepingan konkrit berkenaan, semalam.


Al Fatihah.............

Pelajar lahir anak di tandas asrama




Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas ttg satu berita yang menjadi bualan masakini.seorang pelajar melahirkan anak di tandas asrama.

Namun sebagai yang berfikiran waras,seharusnya kita perlu menyelidik lantas menyelamatkan pelajar tersebut.Adakah mangsa ZINA / ROGOL / SUMBANG MAHRAM etc.??

Ini kerna pada pendapat Sumber:Minda Hamba Sendiri,pelajar tersebut mempunyai hati nurani dan akal fikiran yang waras.Terbukti apabila pelajar tersebut TIDAK memflush @ membuang anaknya dalam tandas malah mengendung bayinya ke dalam asrama.

Moga perkara yang dah terlalu banyak kali berulang ini diberi perhatian sewajarnya.


Hohohoho...tak dapat bayangkan azabnya dia bersalin sendirian...hmmm

Genap 500 tahun MELAKA terjajah.


Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang satu tarikh yang menjadi titik tolak PENJAJAHAN di Tanah Melayu iaitu pada 15 OGOS 1957,Melaka jatuh di tawan Portugis

Dengan kekuatan 2 buah kapal perang dan ratusan soldadu Portugis boleh mengalahkan Empayar Melayu Melaka yang cukup hebat dan berpengaruh.Mempunyai puluhan tanah jajahan dan ribuan tentera2.

Penjajahan yg berkisar pada 3 G..GLORY GOSPEL GOLD amat berjaya dan "dipass battonkan 'pada bangsa penjajah lain Belanda Inggeris Jepun hinggakan penjajahan itu berterusan hingga tamat pada 31 OGOS 1957.

Sebagai insan Melayu,kita haruslah mengambil ikhtibar dari peristiwa tersebut.Perebutan kuasa antara Melayu hingga tergadai tanah air.

Pada tahun-tahun 40-an dahulu, lama sebelum negara mencapai kemerdekaan, ada segelintir guru-guru Melayu yang setiap 15 Ogos akan memakai baju kemeja hitam dan bertali leher merah ketika mengajar di sekolah.

Hitam sebagai tanda berkabung sementara merah bermakna kesanggupan berjuang.

Mereka yang menjadi penyokong Kesatuan Melayu Muda (KMM) ini berpakat memakai baju itu sebagai mengenang kejatuhan kota Melaka di tangan Portugis yang berlaku pada 15 Ogos 1511.

Hohohoho.ambil ikhtibar.....teruskan KEMERDEKAAN......

MAHU "murtadkan" seramai mungkin penganut Kristian.


Sumber:Minda Hamba Sendiri memfokuskan pada kegigihan seorang bekas penganut agama Kristian berdakwah mengISLAMkan mereka.

Kuala Lumpur – Dulu matlamat hidupnya, adalah memurtadkan seberapa ramai orang Islam.

Sejak usia tujuh tahun lagi, Yohanus sudah dihantar keluarganya untuk bersekolah di gereja bagi melatih dirinya menjadi mubaligh.

“Keluarga saya memang berpegang pada ajaran Kristian yang kuat. Tidak hairanlah, bapa saya ketua gereja Kota Belud (Sabah) pada masa itu,” katanya yang kini dikenali sebagai Ustaz Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz.

Dalam usia remaja, mubaligh Yohanus berjaya memurtadkan, lebih 200 orang Islam. Lantaran itu, dia dinaikkan pangkat hingga bergelar pastor.

Ini amat menggembirakan keluarga, terutama bapanya yang menaruh harapan mahu Yohanus menggantikan tempatnya atau mendaki kedudukan lebih tinggi.

“Saya dihantar ke sekolah Kristian di Namous termasuk mendalami kitab Bible di Pusat Gerakan Penginjilan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk meningkatkan lagi keupayaan menarik orang mendekati Kristian terutama memurtadkan orang Islam,” katanya.

‘Kejayaan’ dikecapi selain sokongan keluarga membuatkan Pastor Yohanus lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab agamanya.

Bagaimanapun, kehendak ALLAH ternyata mengatasi segalanya.

Atas beberapa insiden, hati Yohanus tiba-tiba berubah menjadi tertarik kepada Islam, satu agama dan umat yang paling dimusuhinya sejak kecil.

“Meskipun saya sering bercerita yang baik dan menarik mengenai Kristian, namun dalam hati saya, tiada siapa yang tahu apa yang saya sendiri rasakan,” katanya.

Farhan berkata, jauh di lubuk hatinya, dia sering diburu perasaan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya, terutama tentang apa yang dibuatnya selama ini.

“Kepercayaan saya (waktu itu) sering berperang dengan hati sendiri,” katanya.

Namun segala-galanya berubah, sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah syahadah pada 1990.

“Segala keraguan dan keluh-kesah itu pergi dengan tiba-tiba. Hingga sekarang, saya berasa amat tenang bersama Islam, sesuatu yang saya tidak pernah rasai dulu,” ujarnya sambil tersenyum.

Farhan berkata, meskipun sudah jadi Islam, dia tidak puas mendalami agama suci ini.

“Semakin hari, saya melihat Islam itu indah, sehinggakan saya nekad mendalami Islam dengan menuntut di Institut Dakwah Islamiyah Perkim di Petaling Jaya dan melanjutkan pelajaran ke Mesir sehingga mendapat ijazah dalam pengajian al-Quran dan Qiraat Shubra Al-Azhar,” katanya.

Setelah 20 tahun memeluk Islam, Farhan telah mengislamkan lebih 4,000 orang Kristian.

Menurutnya, itu adalah usahanya bagi menebus apa dilakukan sebelum ini dan berusaha menarik lebih ramai orang untuk mencintai Islam.

“Walaupun sudah masuk Islam, saya masih lagi mengkaji pergerakan mubaligh Kristian dan melihat perkembangan kitab yang digunakan Kristian.

“Sebagai contoh, banyak gereja hari ini, menyalahgunakan kebebasan beragama, Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris semakin banyak diedarkan. Penyebaran agama dilakukan dengan semakin terbuka apabila kebanyakan hotel di negara ini menyediakan kitab Bible di setiap bilik,” katanya.

Mohd Farhan berkata, penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dalam membendung usaha penyebaran agama lain, terhadap orang Islam masih belum menyeluruh kerana setelah kerajaan membenarkan lebih 35,000 al-Kitab (Bible dalam bahasa Melayu) dibawa masuk ke Malaysia penghujung tahun lalu, kebanyakan penyebar agama Kristian menggunakan kesempatan itu dengan sewenang- wenangnya mencetak dan membawa masuk lebih banyak lagi al-Kitab.

“Terdapat al-Kitab yang ada tidak ditulis ‘hanya untuk penganut Kristian’, malah setiap naskhah yang diedar tidak mempunyai kod atau cop yang mengesahkan kemasukannya.

“Perkara itu berbeza di negara Islam lain, al-Kitab yang dibawa masuk mempunyai kod tersendiri dan dengan jelas dimaklumkan hanya untuk penganut Kristian,” katanya.

“Bagi mengekang penyebaran itu secara lebih berleluasa, pihak kerajaan perlu tegas dalam perkara itu,” katanya – sinar

MASUK ISLAM sebab nak murtadkan mereka......




Sumber:MInda Hamba Sendiri mengulas tentang satu artikel dari Akhbar Sinar tentang betapoa usaha memurtadkan umat Islam makin menjadi2.Walau di ketahui usaha itu telah berlaku sejaksekian lama,namun dewasa ini ia makin TERBUKA dan BERANI.

Mahu Memurtadkan Lebih Ramai Muslim

Mohammad Arabi Abdullah
SHAH ALAM – “Ya Tuhan, kalau benar agama Kristian adalah jalan saya, kuatkanlah saya, untuk terus mengkristiankan orang Islam di Ar-Arqam ini, dengan nama Jesus, Amin”, itu antara doa harian Mohammad Arabi Abdullah, 50.

Walaupun ketika itu, beliau sudah hampir empat tahun memeluk Islam, beliau masih mengamalkan agama Kristian.

Tujuannya untuk mengetahui tentang Islam tetap diteruskan dan saban hari, beliau menunaikan solat lima waktu dan berdoa, “Ya Allah kalau benar agama Islam adalah jalan saya, kuatkanlah saya untuk terus mencintai Islam, Amin.”

Menurut Arabi, tujuan asal memeluk Islam adalah untuk memurtadkan lebih ramai orang Islam.

“Saya masuk Islam, setelah menjadi anak angkat sebuah keluarga di Sarawak. Saya juga mengkaji tentang Islam supaya mudah menarik orang Islam masuk Kristian.

“Ketika itu, usia saya 15 tahun, keluarga angkat mahu menyekolahkan saya kerana sebelum ini, saya tidak pernah bersekolah sejak kematian ibu, saya tinggal dan dibesarkan di gereja sejak berusia tiga tahun.,” katanya.

Sebelum bertemu dengan keluarga angkat, Arabi dimasukkan ke Hospital Kuching disebabkan penyakit misteri.

“Setelah sembuh, saya terus tinggal di hospital menjadi sukarelawan, saya mengkristiankan empat orang pesakit.

“Walaupun saya masih belasan tahun, semangat mengkristiankan orang kuat kerana perkara itu, sudah tertanam sejak kecil ,” katanya yang dilatih menjadi paderi sejak kecil.

Arabi berkata, dia dilatih mendekati orang supaya disenangi setiap gerinya dan apabila orang tanya siapa mengajarnya, dia akan katakan Kristian mengajarnya.

Menurutnya, itu sebahagian pendekatan digunakan untuk memurtadkan orang, iaitu dengan berbuat baik kepada mereka dan menariknya secara halus.

Namun, segalanya berubah apabila dia masuk Ar-Arqam, niat untuk memurtadkan orang berubah apabila dia nampak keindahan di dalam Islam.

“Saya sering menimbulkan persoalan dengan ustaz sehingga menimbulkan kemarahan di hati mereka.

“Di Ar-Arqam kami makan di dalam dulang. Saya bertanya, kenapa makan seperti itik (dengan niat mahu memburukkan Islam), lalu Ustaz itu menjawab, Islam mengajar kita tidak membazir dan tidak perlu berebut pinggan yang membolehkan timbul pergaduhan kerana Islam tidak suka akan peperangan,” katanya.

Pada malamnya, Arabi menunaikan solat berdoa dalam dua cara Islam dan Kristian, setelah itu merasakan ada ‘kesejukan’ ketika dia bersolat.

Sejak daripada malam itu, dia dengan rasminya, meninggalkan Kristian setalah empat tahun menganut dua agama.

Setelah ke

Perkhidmatan Pembantu Rumah BOGEL kini ada !!!


Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang satu erita yang tak pelik tapi benar dewasa kini.Sebuah syarikat perkhidmatan Pembantu Rumah menawarkan pembantu rumah yang BOGEL ketika mengemas rumah anda....OOOOOO !!!!

FORT WAYNE, INDIANA, U.S. (WANE) – Seorang lelaki yang berasal daripada Fort Wayne telah memulakan satu perniagaan yang unik di daerah Fort Wayne, Amerika Syarikat.

Memperkenalkan perkhidmatan pembantu rumah dengan satu perbezaan.

Fort Wayne Dust Bunnies menawarkan pengemasan ringan kepada pelanggannya, tetapi pembersihan dilakukan secara berbogel.

Pemilik perniagaan itu, yang meminta NewsChannel 15 untuk tidak menggunakan namanya bagi melindungi anonimitinya, berkata perniagaan sedang berkembang maju.

“Kami kini berada di satu tahap dimana kami bekerja hampir setiap hari dan mendapat perniagaan ulangan,” katanya.

Pembantu rumah hanya dibenarkan untuk membuat tugasan pengemasan ringan: membasuh pinggan mangkuk, vakum, dan mengibas.

Pelanggan hanya perlu membayar $60 (RM179) sejam pada hari-hari biasa, dan minimum dua jam perkhidmatan.

Setiap pembantu rumah datang dengan seorang pengawal keselamatan keselamatan dan pelanggan tidak dibenarkan memegang atau menyentuh wanita berkenaan.

Pemilik berkata pembantu rumah mereka mendapat kira-kira $30 (RM89) sejam.

Frank Suarez, jurucakap bagi Bandar raya Fort Wayne, berkata kakitangan bandar raya tidak menjumpai apa-apa dalam Kod Indiana yang akan mengharamkan jenis perkhidmatan ini.

Perniagaan itu tidak berdaftar dengan Pejabat Pencatat Daerah Allen, tetapi pemilik mengatakan bahawa itu adalah sesuatu yang sedang dalam proses menyiapkan

Hohohoho.......ramai yang ambil MC...hohoho

Monday, 22 August 2011

ayoyo..MAHU BAKAR / LETUP SURAU DI JOHOR ?


Sumber:Minda Hamba Sendiri ingin mengulas tentang satu lagi ISU BIADAP terhadap agama Islam dan rasis pada bangsa Melayu.

Dalam satu surat layang yang dikirimkan ke sebuah sekolah agama di Johor yang kemudian dipanjangkan ke PDRM dan Majlis Agama Johor menyatakan kebencian dan tulisan ugut mahu membakar/mengebom surau di sana.

Ia adalah ugutan yang benar2 anti agama serta bersifat PROVOKASI.

Walaupun ada kekeliruan @ ketidak pastian tentang KESAHIHAN surat trersebut.Ia perlu ditaksirkan sebagai ancaman.Perlu dipandang SERIUS.

Diharap pihak yang berwajib boleh meneliti dan mengambil tindakan yang tegas supaya ISU ini tak perlu di ulang tayang lagi.Di mana sensitiviti..rasa hormat menghormati?

Hohohoho..sudah mabuk?

Sunday, 21 August 2011

Coretan aku...

"Dengan mengeluarkan kata kata agama,
tidak semestinya aku seorang ustaz..

bersongkoknya kepala ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim..
...
dengan menasihati orang lain,
tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya..

aku cuma insan biasa,
yang mempunyai keinginan seperti kamu..

cuma aku berkongsi,
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu..

dan mengingati diri sendiri,
supaya menjadi lebih baik.."

Isu lapuk : Artis Wanita Islam Pegang woof..woof


Satu isu lapuk yang berulang-ulang macam cerita kat ASTROK.Macam tiada kesedaran..macam tiada sensitiviti.....

Adakah status artis TOP(top keeee ?:p) memungkinkan kebebasan anda memegang seekor anjing.Yang kita tahu status dalam agama.Malahan sedari kecil kita dah dididik...

Yaa,sebagai manusia kita perlu menyanyangi HAIWAN waima seekor KHINZIR sekalipun,dilarang mendera @ membunuh tanpa sebab.Tapi batasan AGAMA memberi batasan..Ikuti lah...tak susah...

Jika benar kasihan pada sang anjing..derma pada pertubuhan anjing2 terbiar...hohohoho......

PERKASA sokong AKTA MURTAD...




Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang PERKASA yang menyokong agar AKTA MURTAD dikuatkuasakan di MALAYSIA.Agak hairan..ke manakah suara2 pihak2 lain yang katanya istiqamah dalam mempertahankan kesucian agama? Di mana ? Adakah berdiam diri itu satu cara dalam memperjuangkan agama yang makin diinjak2.Hmmm

Namun Sumber:Minda Hamba Sendiri mengingatkan jua agar usaha PERKASA ini akan berterusan dan akan diikuti oleh semua masyarakat ISLAM MALAYSIA tanpa ada prejudis politik.

1)Perkasa menyokong penuh saranan Mufti Perak Tan Sri Harussani agar pihak berkuasa segera menggubal dan meluluskan AKTA MURTAD sebagai langkah mencegah dan menghalang mana2 Pertubuhan Agama Bukan Islam mempengaruhi Umat Islam supaya memeluk agama mereka.Sebelum ini saranan ini pernah dikemukakan oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Tim Menteri Pelajaran Msia.

2)Tindakan ini adalah selari dengan perinsip dan semangat serts roh yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang Menyatakan dengan jelas Islam agama Persekutuan tetapi tidak pula menghalang untuk agama-agama lain terus di amalkan.

3)Perkasa mendesak agar Kerajaan tidak seharusnya terlalu berlembut dan berkompromi dengan isu yang berkaitan dengan soal Aqidah.Tidak ada kompromi dan tolak ansur dalam soal aqidah.

4)Oleh kerana tiadanya akta murtadlah maka terlalu banyak aktiviti yang berselindung -disebalik NGO/ Pertubuhan sukarela, pertubuhan kebajikan,Kelas2 tusyen,aktiviti muzik dan hiburan, serta kelas2 nyanyian dan lain2 pendekatan yang akhirnya terselit dan tersembunyinya agenda sulit penganjur iaitu utk mempengaruhi Umat Islam menganut agama mereka.

5)Hasil siasatan dan kajian yang telah dibuat oleh Perkasa,kita mendapati sasaran golongan ini adalah jenerasi muda,belia dan pelajar yang longgar pegangan agama mereka.

6)Termasuk dalam sasaran mereka juga adalah ibu2 tunggal dan keluarga yang miskin serta susah yang memerlukan bantuan dan pertolongan yang akhirnya badan- badan ini meletakkan syarat kena menghadiri aktivii anjuran mereka serta meminum sejenis ir penawar yang kononnya air suci utk memepengaruhi mereka.

7)Perkasa mendesak pihak berkuasa agar jgn hanya tahu memberikan amaran yang tiada penghujung dan penyelesaiannya sedangkan yang dinantikan oleh Umat Islam adalah tindakan serta hukuman yang sewajarnya agar dapat dijadikan teladan oleh badan2 yang lain yang seringkali melaksanakan serampang dua mata mereka tersebut.

8)Perkasa juga ingin mengingatkan pihak Ibu bapa agar seringkali menyiasat dan menyemak beg sekolah anak2 mereka kerana dikhuatiri terdapatnya bahan2 yang boleh mencemarkan aqidah terutama anak2 yang terlibat dengan kelas tusyen yang diberikan pelbagai tawaran seperti hadiah dan kelas tusyen yang dijalankan secara percuma..Tindakan proaktif daripada ibu bapa adalah penting sebelum nasi menjadi bubur.

9)Perkasa melihat sambutan yang semakin meningkat dikalangan umat islam terhadap aktiviti- aktiviti penyelewengan aqidah ini antara lain adalah kerana sikap liberal pemimpin2 Islam dlm pakatan rakyat yang telah berjaya mencabut roh dan pemikiran melayu serta roh dan pemikiran islam dikalangan Umat Melayu dan Umat Islam dinegara ini …oleh krn terlalu sibuk dgn politik dan segala tindakan hanya bermotifkan politik semata mata maka ianya telah menyebabkan isu yang lebeh besar iaitu yang berkaitan dgn aqidah telah terabai…

10)Perkasa menyeru agar Umat Islam dlm negara ini tak kira apa pegangan dan ideologi politik anutan mereka sepatutnya bersatu serta bersama sama bertindak untuk memerangi gerakan pemurtadan yang sedang rancak bergerak dlm negara ini…Seluruh Umat Islam wajib seiya dan sekata apabila berhadapan dgn isu yang berkaitan dgn aqidah…

Janganlah segala galanya nak dipolitikkan termasuklah hal yang berkaitan dengan persoalan Aqidah…
Bersatu kita Teguh Bercerai kita Roboh…..Berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah (Agama Allah) dan janganlah kamu bercerai berai….

Ruslan Haji Kasim,
Ketua Penerangan,
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia.