Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri mengulas sebuah artikel dari Malaysiakini tentang kesudian beberapa bekas2 tuan penjajah Tanah Melayu dulu supaya datang kembali untuk campur tangan di bumi ini.
Undangan bagi "memerhati" perjalanan pilihan raya yang boleh diibaratkan "hal dalam kain" , sila rujuk
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/diplomat-eu-timbang-hantar-badan-pemantau-spr-tidak-wibawa/
Ini cara yang sungguh "Gentleman" .
Dalam hal ini menunjukkan betapa terdesaknya,betapa baculnya mereka sehingga cuba menarik campur tangan asing di bumi merdeka ini.Berwibawa kah wakil2 Eropah itu?...sehingga kita sanggup sujud mengharap belas kasih pemerhatian mereka....kalau macam itu baik panggil ISRAEL je....hahahaha.bacul .
Demi kuasa...syaitan pun sanggup disetubuhi.....
Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri.
Mencari kebenaran dalam kotak fikiran. Mencerna kebathilan dari sudut pandangan. Melawan dengan carikan kata-kata. Diri tetap berdiri..rebah itu tetap pasti. Tapi bila sampai waktunya.tiada siapa mampu tafsir.
SELAMAT DATANG....WELCOME....
Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri
Saturday, 23 July 2011
Demi kuasa...syaitan pun sanggup disetubuhi....
J.A.R.I
J.A.R.I
by Muhamad Sodbaroya on Sunday, March 27, 2011 at 1:32am
Sibuknya kita menakik "jari" sendiri,
Dikeji dicaci sebahagian badan kurniaan Ilahi,
Tiada usaha membawa ke jalan Terpuji,
Malah makin lama dibiar hanyut dimanipulasi.
Jari "orang lain" kita tak peduli,
takut gentar dibilang busy body,
Walhal jari-jari itu yang banyak mendendami,
Hanya tunggu masa hendak menjentik mematahi,
Agar cincin permata di jari ini,
berpindah milik berpindah jari.
Sayangilah jari jemari anggota sendiri,
Kerna jari di sana takkan berpindah milik menjadi jari di sini,
Jikalau takdir ia terjadi,
manakan sama jari orang lain dengan jari sendiri.
Wallahua'alam......Nukilan Ikhlas :Datang dari hati,maka JARI mengetuk papan kekunci...:)

Melayu..mencari daulat di celahan rapuh jati diri.
Orang MELAYU...masih berdaulat ??..atau hanya RETORIK semata2...jadikan realiti..jangan jadikan SLOGAN...realiti kita saling tikam-menikam membawa diri..PENYATUAN MELAYU ISLAM...."I cannot but consider the Malayu nation as one people, speaking one language, though spread over so wide a space, preserving their character and customs, in all the maritime states lying between Sulu Seas and the Southern Oceans." - Stamford Raffles, 'On the Malayu Nation', Asiatic Researches, 12 (1816): 103.
Itu adalah apa yang di katakan oleh Stamford Raffles. Seorang penjajah yang bermaharajalela di tanah melayu suatu ketika. Kalau diikutkan dengan sejarah melayu dahulu, melayu bukanlah bangsa yang layu,lemah dan tak bermaya. melayu adalah bangsa yang aman merdeka. selat melaka suatu ketika dahulu adalah port yang sangat maju sehinggakan kapal yang hendak berlabuh terpaksa beratur menunggu giliran untuk berlabuh dan berdagang di Melaka pada waktu itu.
Tetapi sehingga suatu ketika, melayu mulai bongkak dan hanya inginkan kesenangan, sehingga menggadaikan maruah kepimpinan kepada bangsa bukan melayu. itu adalah titik tolak kepada kejatuhan bangsa melayu. Selepas kejadian tersebut, mulalah penjajah datang menjajah Tanah Melayu. Bukan tidak boleh untuk melawan, tetapi kerana pada masa tersebut rasuah telah berjaya menambat hati melayu, maka tergadailah bangsa sehingga menjadi pengemis di tanah tumpah darah yang tercinta.
Kalau kita lihat pada masa sekarang, mungkin kejadian dimana tanah melayu dijajah akan berulang kembali. isu Mat Rempit, Dadah adalah agenda utama penjajah untuk kembali menjajah tanah melayu. Kalau kita lihat, MAt rempit dan Mat gian adalah kebanyakan bangsa MELAYU yang kita sanjung selama ini. kalau kita lihat dari sudut politik pula, melayu sudah hampir kehilangan kuasa untuk mentadbir negara sendiri.
Wahai anak bangsa ku, sedarlah.. Melayu kini akan menjadi hamba di rumah sendiri sekiranya mentaliti mereka masih pada takuk ini.. MArilah kita semua bangkit menjadi Tuan pada tanah air sendiri bukan dengan cara mengangkat senjata tetapi dengan cara pemikiran yang tinggi.
SELAMATKANLAH AGAMA KU...SELAMATKAN BANGSA KU...SELAMATKAN NEGARA KU........
Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri 1021 24072011 Bdr Tsk Kesuma
Hamba masih di sini.... ( monolog seorang hamba yang masih di sini )
Hamba masih di sini,
Memegang panji kalimah Ilahi,
Memegang panji bangsa sendiri,
Memegang panji ibu pertiwi.
Walau tiada saudara di sisi,
Hamba masih di sini.
Biar ribut taufan mendatang,
Biar Hanuman turun menyerang,
Biar air mata jadi darah,
Biar kata jadi sumpah,
Biar tulang dikemam tanah,
Biar hati di ulit resah,
Hamba masih di sini.
Kalimah disambut turun temurun,
Darah disambung turun temurun,
Tanah dijejak turun temurun,
Kasih bertapak turun temurun,
Hamba masih di sini.
Hamba masih di sini,
Memegang panji kalimah Ilahi,
Memegang panji bangsa sendiri,
Memegang panji ibu pertiwi.
Walau tiada saudara di sisi,
hamba masih di sini.
Atau hanya hamba saja yang masih beriya-iya?
Muhamad Sodbaroya 1445 18042011 Bdr Tasik Kesuma.

Friday, 22 July 2011
Kenapa Peguam Dari Perancis Ditahan Oleh Imigresen ?
Di sini Sumber:Minda Hamba Sendiri memetik dari blog rbf ttg kecoh di laman-laman web dan blog pembangkang berhubung penahanan seorang peguam yang di bawa masuk oleh NGO yang mempunyai kaitan dengan pembangkang yang bernama Suaram.
Lebih malang lagi apabila seorang Ahli Parlimen Pas yang juga rakan seperjuangan Khalid Samad yang sama-sama memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh kaum kristian membuat kenyataan bodoh di laman milik Parti Ajaran Setan.
Kalau tak tahu undang-undang tak payah jadi ahli parlimen.
Untuk pengetahuan semua, peguam itu masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial 90 hari. Beliau dibenarkan berada di Malaysia selama 90 hari sebagai seorang pelancong.
Undang-undang Imigresen negara kita telah menetapkan, seseorang warga asing yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa pekerjaan, bersyarah, berceramah, pertunjukan, persembahan dan jauh sama sekali untuk mencampuri urusan politik Malaysia. Juga tidak dibenarkan menjalankan urusan mengutip wang atau menerima upah.
Mana-mana warga asing yang ingin melakukan perkara-perkara yang dicatatkan diatas perlulah mendapat visa khas atau kebenaran Imigresen terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, anda jangan ingat apabila pemain-pemain bolasepak Arsenal , Liverpool dan Chelsea atau mana-mana artis antarabangsa yang masuk ke Malaysia untuk melakukan pertunjukan atau persembahan mereka masuk sebagai pelancong biasa.
Sebelum mereka masuk, penganjur-penganjur yang menjemput mereka terlebih dahulu memohon kebenaran atau kelulusan Imigresen. Kalau melibatkan pasukan bolasepak luar negara pihak FAM yang akan memohon kepada Imigresen.
Dalam kes yang melibatkan peguam dari Perancis ini, beliau masuk sebagai pelancong kemudian pergi beri ceramah bersama dengan pemimpin-pemimpin politik pembangkang di Pulau Pinang malam tadi. Kemudian malam ini nak pergi ceramah dengan Teresa Kok pula di PJ , dan esok nak pergi ceramah di Ipoh pula.
Orang asing dah terang-terang melanggar undang-undang negara kita, adakah pihak berkuasa negara kita nak biarkan sahaja atau nak tengok sahaja dia melanggar undang-undang ? Negara kita negara berdaulat, kita ada undang-undang, kenalah patuh undang-undang kita sepertimana kita mematuhi undang-undang apabila kita melawat negara orang.
Bolehkah sekiranya hari ini peguam-peguam dari negara kita seperti Datuk Shafie Abdullah, atau peguam Pas , Hanifa Maidin pergi ke Perancis kemudian berceramah dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang di sana memburuk-burukkan pemimpin yang memerintah negara berkenaan ?
Tidak cukup lagikah penceramah-penceramah dari parti Pas, PKR dan DAP yang boleh digunakan untuk bercakap isu kapal selam dan Al Tantuya sehingga perlu mengimport perceramah dari Perancis ?
Dah bertahun-tahun mereka ceramah tentang isu kapal selam dan Al Tantuya,pernahkah pihak polis atau imigresen menangkap mereka ?
Dalam hal penahanan ini bukannya salah Jabatan Imigresen atau KDN. Mereka menguatkuasa undang-undang yang ada. Kesalahan perlu diletakkan kepada penganjur yang membawa masuk peguam itu kerana tidak ikut proses undang-undang yang telah ditetapkan.
Dalam hal ini penganjur memang sengaja hendak penangkapan berlaku dan tidak pasal-pasal peguam itu menjadi mangsa. Sebagai sebuah NGO yang ada pelbagai latar belakang ahlinya termasuklah peguam, mereka pasti tahu undang-undang. Tetapi mereka sengaja nak cabar dan langgar undang-undang supaya pihak berkuasa bertindak. Apabila tindakan diambil, maka bolehlah mereka politikkan tindakan itu.
Peguam itu juga digunakan sebagai alat oleh Suaram untuk mencari duit. Sesiapa yang hendak datang mendegar ceramah itu perlu bayar makanan yang berharga RM 100 sehingga ke RM 500 seorang.
Kalau kamu dah ambil tindakan undang-undang di Perancis, biarkan proses undang-undang itu berjalan di Perancis. Sehingga ke hari ini pun Kerajaan Malaysia tak pernah halang proses undang-undang itu berjalan. Tak perlulah nak heret orang luar terlibat sama ke dalam kancah politik negara.
Sebab itu saya kata mereka bawa masuk peguam itu ke Malaysia kerana dua perkara, pertama kerana politik. Kedua kerana Suaram nak cari duit. Akhirnya peguam itu yang menjadi mangsa.
Salah seorang pembaca mengulas "memang itulah tujuan dia sebenarnya. dia bukan xtau undang2..dia kan peguam...pasal apa pulak dia masuk malaysia pakai pas lawatan sosial kalo tujuan nk berceramah? memang dia saje pon langgar undang2...nk suh imigresen tahan dia...pastu buat fitnah kata dia kena tahan pasal kes yg dia handle...dasar membelit!! tgklah artikel berita yg kuar kat washington post(http://www.washingtonpost.com/world/asia-pacific/malaysia-detains-french-lawyer-fighting-alleged-corruption-by-shipmaker-in-submarine-deal/2011/07/22/gIQA9qwETI_story.html) ....tuduh govt macam2...padahal dia yg salahguna visa!! "s yang kerajaannya Anti ISlam....hoho.bijaknyeee....
Hohohoho.siap minta tolong orang luar..orang Peranci

KIYAI SALLEH PANGLIMA PERANG ASKAR SELEMPANG MERAH
Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.
Sebelum ketibaan pihak British, komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau (MPAJA) telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Mereka dibunuh dengan berbagai cara seperti ditanam hidup-hidup, di pukul sampai mati, diseksa sampai mati, direbus, diseret di jalan dan berbagai-bagai lagi. Ramai Melayu yang terpaksa menyertai komunis akibat terpaksa. Penentangan terhadap komunis dilakukan secara senyap-senyap lantaran bimbang menjadi mangsa kekejaman komunis yang banyak berlindung di sebalik persatuan Cina.
Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di Batu Pahat dan Muar. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjata untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.
Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran 'Tentera Selempang Merah', 'Ttentera Parang Panjang dan 'Selempang Merah'. Gelaran ini mengambil sempena Selendang berwarba merah yang dibekalkan kepada setiap ahli perjuangannya yang hanya memiliki parang panjang sebagai senjata urtamanya.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh.Ramai yang mengatakan Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.
Beberapa orang penduduk di mukim empat telah menubuhkan satu persatuan yang dinamakan persatuan mahmuddiah untuk menentang komunis. Kejayaan pertama persatuan ini semasa mereka menjemput 2 orang ketua komunis memberi ceramah di kampong mereka, (sorang cina, sorang melayu) mereka di tangkap dan dibunuh di Parit Maimon. Selepas itu komunis telah membalas dendam dengan menyerang Parit Yaakob serta membunuh ketua kampung.
Terdapat juga peristiwa di Parit Bangas, Sri Medan apabila seorang ketua komunis dan 6 pengikutnya diberi makan makanan yang dicampur ngan buah Kecubung menyebabkan mereka mabuk. Mereka kemudiannya di bunuh yang menyebabkan komunis bertindak balas dengan menyerang dan membakar rumah-rumah di Parit Bangas.
Beberapa insiden pertempuran antara orang Melayu dan Komunis juga terjadi di Bandar Batu Pahat, Parit Betong, Kampung Pasir, Parit Sulong, Parit Haji Abdul Hadi, Separap dan Parit Jawa. Kemuncak insiden ini apabila Dato Abdullah (Pegawai daerah Batu Pahat), Haji Hasbullah (Kadi Batu Pahat), Dr. Woodhill (Pegawai Perubatan serta dua orang lagi penduduk telah ditangkap dan dibunuh di sekolah cina benut.
HATI-HATI GUNA CYBER CAFE !!!
HATI2 GUNA CYBER CAFE !!
Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting
Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..
Oppss..Jangan lupe kongsi dengan kawan-kawan yang tak tahu ye..:)..
sumber : wikipedia
Nasihat ohh nasihat.
Seorang lagi tokoh Umno hari ini ,tampil mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berdialog dengan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bagi mengatasi kepincangan proses pilihanraya di negara ini.
Sumber:Dari Minda Sendiri ingin bertanya kepada sang menteri,tidakkah beliau mengkaji kronologi tuntutan Bersih 2.0 yang akhirnya menolak rundingan secara face to face dengan SPR.Walaupun dengan ribuan cadangan dan usul dari rakyat yang mahu Bersih 2.0 di batalkan.
Tetapi adakah mereka dengar?Adakah mereka peduli?Sepatutnya jika benar sang menteri ingin menampilkan pendapatnya,ia harus dilakukan sebelum Bersih 2.0 dijalankan lagi.
Dalam hal ini Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri menyokong dan menghormati sepenuhnya jalan perdamaian yang sepatutnya berlaku sebelum “pesta 9.07.2011” berlaku.
Dipetik dari laman web Malaysiakini 21072011
Dah terantuk baru nak menadah nasihat....hmmmmm

Wednesday, 20 July 2011
Rebah di telapak kuasa.
Betapa angkuhnya mereka,
Bergelak sakan di persada kuasa,
Bergelumang wang ringgit pemberian sahaya,
Hanya bermodalkan janji-janji kosong penguasa.
Betapa riaknya mereka-mereka,
Beraja di mata bersultan di hati,
Memperbodohkan kesetiaan pelahap kuasa,
Angguk-angguk geleng-geleng bila dijeling.
Jika ini arah tuju mereka,
Di mana kita bila berkuasa,
Dibuang ke hulu ,
Di tanam di hilir,
Aduh...bangsa ku,
Kebenaran itu memang pahit,
TApi adakah kita sedar?
Sumber:Minda Hamba Sendiri 1427 21072011
Woof..Woof,Calonkan anjing pun boleh menang ?
Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri memetik AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.
Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.
Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.
Di teliti dengan sehalusnya,kenyataan tersebut menggambarkan betapa yakinnya DAP dalam membaham musuh utama mereka iaitu UMNO bukannya parti2 dalam Barisan.
Angin perubahan dalam kertas undi masyarakat Cina menyakinkan mereka sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh dan sungguh kurang bijak.
Kenyataan itu jua umpama memperbodohkan pengundi2 yang setia membantu mereka.Satu penghinaan yang masih boleh di maafkan ?
Jadi sewajarnya masyarakat yang berilmu menilai kembali bijak atau tidak pilihan masing2.....
Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri 1416 21072011

Melayu Pendatang ?
Sumber:Dari Minda Hamba kembali mengulas tentang isu Melayu Malaysia yang dituduh sebagai pendatang.Di sini dengan rasa rendah diri , penulis berpendapat dengan sehalusnya berbicara bahawa tuduhan tersebut adalah songsang sama sekali.
Lama dahulu keseluruhan nusantara ini pernah bergelar kepulauan Melayu bersempena nama bangsa dominan yang menghuninya.Jadi sebagai adat manusia..ramai lah antara mereka yang berhijrah..berpindah ke serata kepulauan tanah Melayu ( tanah mereka ) yang terbentang luas dari Mindanao sehingga ke Indonesia.
Dan dari situ mereka telah berpindah dan menghuni sebuah semenanjung yang subur yang bernama Tanah Melayu @ Malaya @ Malaysia.
Duduk beranak pinak memajukan bumi bertuah ini.
Dan seharusnya kita sebagai Melayu Islam Malaysia berbangga dengan aliran darah Melayu bersendi adat berpahat Islam dalam diri.
Semoga kita akan terus aman maju jaya bersama membangunkan Malaysia.Tanah Melayu yang kita kongsi bersama demi kehidupan..
Sumber:Minda Hamba Sendiri 144 21072011 Bdr Tsk Kesuma
Nasib..ohh..Nasib
Nasib sang bendera panji negara,
Kerna nafsu mengelodak di dada,
Bendera di hina dicerca,
Diterbalikkan kononnya protes mulia,
Tanpa sedar maruah sendiri di injak di kahak sang pelakon negara.
Nasib lagu negara KU,
Senang-senang digubah ikut selera nafsu,
Marahkan nyamuk kelambu dibakar,
Lepas satu-satu sang kufur nikmat terpacul membuat laku,
Aduh....
Nasib..ohh..nasib....
Sumber:MInda Hamba Sendiri 1218 21072011 Bdr Tsk Kesuma

PERKASA vs PERCAYA
Di petik dari sebuah blog yang mengatakan kekurangan warasan PERKASA dalam menimbulkan isu ini.Penulis merasakan hak sesebuah pertubuhan adalah mengekalkan momentum kepercayaan..jadi tak salah selagi dalam keadaan terkawal.Blog tersebut membidas PERKASA kerana membazirkan wang untuk membuat banner tersebut,namun tak menyedari betapa ruginya wang2 yang disalurkan kepada sebuah pertubuhan yang menganjurkan perhimpunan baru2 ini.Ada baiknya disalurkan kepada rakyat.
Mengata dulang paku serpih..mengata orang...hohohoho...sapa yang lebih ?
Secawan kopi,rokok daun sebatang
Negeri ini kita asalnya,
Negeri ini kita tuan tanahnya,
Kita biarkan mereka bekerja,
Dengan harapan menjadi tuan Tanah Melayu selama-lamanya,
Tapi kita terus leka,
terus duduk di kedai kopi,
minum secawan kopi dihiasi rokok daun sebatang...
Bergebang kosong,
Berdegar-degar siapa memandang.
Kita.....
Mengharap lalang jadi ladang,
Mengharap rezeki secupak menjadi segantang,
Bergebang terus bergebang,
Lepas secawan berganti secawan.
Dan mereka terus menapak ke hadapan,
Meninggalkan kita di warung kopi,
bergebang terus bergebang,
Menghirup secawan kopi dan rokok daun sebatang.
Wallahua'alam.
Muhamad Sodbaroya 346 31052011 Bdr Tsk Kesuma

Tangis seorang hamba
Ya Allah, Kau selamatkanlah Islam di Malaysia..
Jika hari ini Malaysia lumpuh
Jika jam ini kerajaan runtuh
Jika minit ini perlembagaan di mansuh
Pasti dalam se saat nanti Islam dirapuh,
Dan saat-saat lain menanti lebih ramailah Sang Murtad diasuh...
Nauzubillah...
Andai itu berlaku,
Ku mohon Ya Allah,
Berikan kami,
Insan-insan kerdil,
Yang tak punya kekuatan,
Yang tak punya kelebihan,
Semangat dan kecintaan untuk mati kerna Mu Ya Allah.
Hamba mohon Ya Allah,
Selamatkan Malaysia,
Selamatkan negara kami,
Selamatkan Islam,
Selamatkan agama kami,
Kami tiada tempat lain lagi selain tanah keramat ini,
Kami tiada agama lain selain,
Islam sebenar-benar agamaMu,
Ya Allah.......
Sumber:Minda HAmba Sendiri
0940 08072011 Bdr TSk Kesuma

Penjilat Warna.
Kuning didukung seribu gembala,
Berteriak,berarak berkobar-kobar,
Tanpa melihat akibat muslihat,
Mereka hanyut di dakapan musibat.
Si kuning berkata mereka di dera,
Si kuning berkata kotornya negara.
Lalu beraraklah mereka-mereka,
Konon di dada sanggup segala,
Tapi kuning tetap kuning,
Ada KOTOR dalam BERSIHnya.
Lupakah mereka ?
Tertinggalkah mereka?
warna MERAH BIRU PUTIH,
Yang menjadikan sebuah negara,
Malaysia,
Adakah mereka lupa?
Hak warna-warna lain juga.
Sumber:Minda Hamba Sendiri 1245 09JULAI2011 Bdr Tsk Kesuma

Soalan dalam soalan ?
p 1
Apa guna pena bermata tajam menyeringai durja,
Jika tak mampu mencabut rumput di bumi dusta,
Apa guna berselindung dengan gelaran menggunung di dada,
Sedang jalan tunduk terbelit ekor bermuram duka.
Apa guna bendera megah terkibar di udara,
Sedang anak-anaknya kekar dalam ulitan daki nusa,
Apa guna mendaki ke puncak merdeka,
Sedang di dalam hancur kosong debu bagainya.
Soalan wujud dalam soalan.
Hamba terkesima....
Mencari jiwa hidup dalam pandangan mata.
Sumber:Minda Hamba Sendiri.0150 17072011 Bdr Tsk Kesuma.
Subscribe to:
Posts (Atom)