Mencari kebenaran dalam kotak fikiran. Mencerna kebathilan dari sudut pandangan. Melawan dengan carikan kata-kata. Diri tetap berdiri..rebah itu tetap pasti. Tapi bila sampai waktunya.tiada siapa mampu tafsir.
SELAMAT DATANG....WELCOME....
Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri
Wednesday, 20 July 2011
Melayu Pendatang ?
Sumber:Dari Minda Hamba kembali mengulas tentang isu Melayu Malaysia yang dituduh sebagai pendatang.Di sini dengan rasa rendah diri , penulis berpendapat dengan sehalusnya berbicara bahawa tuduhan tersebut adalah songsang sama sekali.
Lama dahulu keseluruhan nusantara ini pernah bergelar kepulauan Melayu bersempena nama bangsa dominan yang menghuninya.Jadi sebagai adat manusia..ramai lah antara mereka yang berhijrah..berpindah ke serata kepulauan tanah Melayu ( tanah mereka ) yang terbentang luas dari Mindanao sehingga ke Indonesia.
Dan dari situ mereka telah berpindah dan menghuni sebuah semenanjung yang subur yang bernama Tanah Melayu @ Malaya @ Malaysia.
Duduk beranak pinak memajukan bumi bertuah ini.
Dan seharusnya kita sebagai Melayu Islam Malaysia berbangga dengan aliran darah Melayu bersendi adat berpahat Islam dalam diri.
Semoga kita akan terus aman maju jaya bersama membangunkan Malaysia.Tanah Melayu yang kita kongsi bersama demi kehidupan..
Sumber:Minda Hamba Sendiri 144 21072011 Bdr Tsk Kesuma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment