SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Saturday, 20 August 2011

Sumber:Minda Hamba Sendiri: Biar Bertongkat Paruh

Sumber:Minda Hamba Sendiri: Biar Bertongkat Paruh

Biar Bertongkat Paruh




...... Biar bertongkat paruh .......

Aku cuba menjadi pejuang yang menjunjung tinggi nilai kemanusiaan,
Aku cuba menjadi perisai yang melindungi kesucian agama,
Aku cuba menjadi keris yang melindungi keramat bangsa negara,
Aku cuba dan akan terus mencuba.

Walau hanya sekerdil nama,
Kudrat tak seberapa.
Namun,
Berdiri tetap berdiri,
Rebah itu menuntut janji,
Tapi semarak semangat tetap terpatri,
Aku bukan siapa-siapa,
Namun aku mencuba berjuang demi generasi seterusnya,
Supaya tetap menjunjung Agama Melayu Negara.
Tidak lupa,tidak alpa.
Biar bertongkat paruh........

Muhamad Sodbaroya 2151 Bdr Tsk Kesuma.

BERSATULAH MELAYU




BERSATULAH MELAYU

Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

Meniti Tangga Merdeka




---- Meniti tangga merdeka -----

Orang itu benar-benar kepingin merdeka,
Walau Merdeka dengan darah,
... Walau merdeka dengan API,
Walau AWAS peringatan menjelma,
PUTERA -AMJCA menyahut,
KMM menyambut,
Nombor 10 mengintai,
Kesatuan Melayu penutup penyatu,
akhirnya HIDUP MELAYU laungan bersahut,
Merdeka tetap merdeka,
Orang itu benar-benar kepingin untuk merdeka.

Biar susur galur ideologi dari Subhas Chandra Bose,
Atau terkhilaf Karl Marx memayungi pemikiran,
Namun kebijaksanaan Melayu dan Islam dicari,
Aman makmur kemerdekaan didapati,
Orang itu benar-benar kepingin merdeka.

Namun merdeka bukan hanya melalui bambu runcing,
Atau dengan peluru , grenade dan mati bersama komrad,
Merdeka jua boleh diperoleh melalui ketajaman fikir,
Merdeka jua boleh didapati dengan rundingan,
Merdeka melalui meja bulat dan pena bermata tajam,
Orang itu benar-benar kepingin untuk merdeka.

Jutaan terima kasih,
Dan sepotong Al Fatihah,
Untuk orang itu yang benar-benar kepingin merdeka,
Kerna mereka kita MERDEKA,
31 Ogos 1957.


Muhamad Sodbaroya 2122 Bdr Tsk Kesuma

Friday, 19 August 2011

Sampul Duit Raya KUNING....Jom berpecah..



Hari Raya..hari kemenangan..menyambung persaudaraan.Bukan hari mencemuh @ menggalakkan permusuhan.Tapi ada yang suka mencari benih permusuhan..Memalukan dri parti yang menggelarkan diri mereka pejuang agama.

Sumber:Minda Hamba Sendiri masih berdiri teguh atas kepercayaan BETUL KATA BETUL,SALAH KATA SALAH menytakan ini adalah tidak patut malah macam TERDESAK.

Tidakkah mereka sedar jika tindakan tersebut diikuti sama oleh pihak 'merah' @ lebih buruk jika dicetak oleh org2 berkepentingan demi mencambah benih keretakan ...
Yang bergaduh..kita-kita gak.

Tindakan itu jua umpama racun yang cuba menyemai sikap berpuak2 dalam diri kanak2 ( siapa yg dapat duit raya ? )

Sampul Raya warna kuning..Baju raya warna kuning..otak kuning ?

Di Hari raya ..hari yang mulia..ikhlaskan diri..sucikan hati..mari bermaaf-maafan...PENYATUAN MELAYU ISLAM...

Hohoho..sampul BERSIH..duit raya ada tak atau "bersih" gak dalam tue..hohohoho

Jom main simbah-simbah ASID !


“Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah,”

Itu luahan hati seorang mangsa simbahan asid Mohd Rafie Abdul Latiff (27), yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur.Mangsa yang disimbah asid ketika menunggu di dalam kereta berhampiran tandas awam di Wisma Bumi Raya ,Jalan Raja Laut,1 Ogos lalu.
Selain dari itu,Rafie jua mahu kembali kehidupan normal dengan wajah yang normal,kerjaya yang dulu dan KEBEBASAN tanpa ketakutan seperti dulu.

Sumber:Minda Hamba Sendiri menyeru agar pihak berwajib dapat mengambil serius dan memantau kejadian simbah asid yang makin menjadi2.Undang2 harus diperketat mengenai hukuman serta pembelian asid yang dirasakan terlalu longgar.BAyi pun boleh beli asid di kedai2..Hohohoho
Warga awam jua seharusnya menjadi mata dan telinga,dan sama2 membenteras kejadian ini dari berlaku di depan mata.Mungkin ada pengajaran yg dapat diberikan.

Hohohoho.apa nak dikato.,,,,

Wednesday, 17 August 2011

.Anak2 kita cuba diterapkan dengan Unsur Kristianiti ?



17 August 2011
Murid dedah diajar nyanyi lagu Kristian

August 17, 2011 JPN Wilayah Persekutuan siasat murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia diajar nyanyi lagu Kristian.

KUALA LUMPUR : Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan

Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.

Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.

Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut - FMT

Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang isu ini,jika benar dan terbukti...seharusnya pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan pantas.Minda yang masih hijau diterapkan dengan ajaran menyimpang dari Islam.
Atas dasar apa?..
toleransi agama ? ( baru 7 tahun-nak faham apa ? )

Amat menyedihkan.....

NAmun siasatan masih berjalan..:(

Tuesday, 16 August 2011

Adakah semua berlaku kerna UNDI ? semudah itu ?




Ameno : Hanya ada satu pihak je untung dalam isu jais neh.. fikirlah. Takan disebabkan 12 muslim neh dap nak bodoh2 hilang undi melayu dan pas nak bodoh2 hilang undi bukan islam?

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/ulasan-isu-jais-gambar-muslim-yang.html#ixzz1VD6ak6f7

Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang satu blog yang bercerita ttg isu hangat masakini iaitu ISU dipercayai MURTAD di Selangor.Dalam entri nya,penulis menceritakan tentang beberapa teori / rumusan tentang isu tersebut mengikut pandangan peribadi / professionalnya.

Dalam beberapa pertelingkahan pendapat..ada satu entry yang membuatkan Sumber:Minda Hamba Sendiri terfikir..adakah ini penyebabnya? tidak kah kerna agama / bangsa / negara ? mungkin sekadar ayat utk penyedap / penggulung cerita...namun,ia amat dikesali.Perkataan2 tersebut hanya menunjukkan umat Islam Malaysia hanya KETAGIHAN satu perkara saja iaitu UNDI...tiada yg penting selain UNDI..biar apa pun jadi cagarannya....

Sila baca entry last di blog tersebut :

Ameno : Hanya ada satu pihak je untung dalam isu jais neh.. fikirlah. Takan disebabkan 12 muslim neh dap nak bodoh2 hilang undi melayu dan pas nak bodoh2 hilang undi bukan islam?

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/ulasan-isu-jais-gambar-muslim-yang.html#ixzz1VD6ak6f7


Hohohoho.........:( apapun , bersangka baik.

Sunday, 14 August 2011

ThiS Is BeSt Bro...kata Bang Bil Raja Lawak




DAlam entri Sumber:Minda Hamba Sendiri sebelum ini yg memperkatakan tentang berita Yusry KRU merancang untuk menikahi Lisa Surihani, seorang lagi selebriti POJAAN iaitu Nabil Raja Lawak turut mencuri perhatian apabila mengumumkan mahu berkahwin bulan depan...( OMG kata para2 gadis )

Nabil, 28 akan berkahwin dengan Nazirah Ayub, 23 yang merupakan bekas pramugari Air Asia.

“Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya,

“Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri,” kata Nabil, seperti yang tertera di blog beautifulnara.com.

Blog hiburan itu berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang disifatkan kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.

“Alhamdulillah,tahniah Bang Bil atas berita gembira tersebut,kalau kahwin nati..sila2kan jemput Sumber:Minda Hamba Sendiri yee".

Sementara itu, blog hiburan zonartis.com berkata : THIS IS BEST BRO! Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. InsyaAllah.

Tahniah..Tahniah..Congrats...This Is Best Bro...pssssst..Zizan @ Mat Jijan bila lagi ek ?

REJIMEN 501 WATANIAH tubuh KOMPENI CINA ?



Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri mengulas satu entri dari kritisonline tentang:-

Kementerian Pertahanan sememangnya mengalakkan penyertaan kaum bukan bumiputra ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, baik ke dalam perkhidmatan tetap ataupun kepada pasukan simpanan seperti Askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM.

Namun begitu, apa yang telah dihasratkan oleh Rejimen 501 (510) untuk menubuhkan satu kompeni sukarelawan yang terdiri dari kaum Cina sahaja merupakan suatu salah tafsiran visi kerajaan untuk menubuhkan satu kompeni Askar Wataniah untuk setiap kawasan parlimen. Seharusnya kompeni tersebut mempunyai unsur kepelbagaian penglibatan kaum-kaum di Malaysia, sebagai satu platform untuk memupuk dan mengukuhkan semangat perpaduan.

Sumber:- dari Kementrian Pertahanan.

Rejimen 501 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Sri Rajang di Sibu bercadang menubuhkan satu kompeni kaum Cina dianggotai kira-kira 120 pegawai dan pangkat-pangkat lain.

Sumber- Malaysiakini

Tujuan kita bersama dan berada dalam satu UNIFORM adalah untuk menyemai dan mencari KESATUAN PERSAMAAN dan mengajar rasa tanggunggjawab serta sanggup berkorban...Itu sebab kita rakyat Malaysia wujud.Namun jika hanya dihadkan penyertaan untuk sesuatu bangsa..apakah akan jadinya ? Sama seperti SJK ( C ) ?Universiti2 berasaskan komposisi kaum tertentu ?

Apatah lagi di dalam benteng ke tiga ketenteraan negara.Maka wajiblah cadangan ini diperhalusi...sehalus2nya.Jangan sebab nak fofulerrrr....hohoho

Squad.........dari kiri,cepaaaaaat jalan. hohoho

Kita tunggu dan masih menunggu...



Sumber:MInda Hamba Sendiri mengulas tentang Laporan Ops Akidah di Gereja telah siap disediakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, JAIS pada 4hb Ogos, 2011. LAporan berserta bukti telah tersedia,kenapa perlu ambil masa untuk dikuatkuasakan tindakannya ?

Menariknya,,MB Selangor berkata laporan JAIS akan diumumkan pada bulan September atau lepas hari Raya...jelas ketika itu isu tersebut sudah reda dan sejuk.Adat di Malaysia.

Kenapa lepas raya,kenapa tidak sekarang ? rakyat perlukan jawapan,rakyat perlukan sesuatu supaya kita tahu pemerintah @ jabatan buat kerja untuk AGAMA kita.

Mungkinkah dengan cara demikian mereka2 yg "berkepentingan" mempunyai masa yang cukup untuk lembutkan laporan tersebut dan bersedia dengan alasan yang lebih munasabah supaya rakyat boleh menerimanya.

Sampai agama pun dijadikan mainan dlm menyelami sebuah pakatan...hmmm..

LAgi mau tunggu maa....