Mencari kebenaran dalam kotak fikiran. Mencerna kebathilan dari sudut pandangan. Melawan dengan carikan kata-kata. Diri tetap berdiri..rebah itu tetap pasti. Tapi bila sampai waktunya.tiada siapa mampu tafsir.
SELAMAT DATANG....WELCOME....
Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri
Saturday, 20 August 2011
BERSATULAH MELAYU
BERSATULAH MELAYU
Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment