SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Sunday 14 August 2011

REJIMEN 501 WATANIAH tubuh KOMPENI CINA ?



Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri mengulas satu entri dari kritisonline tentang:-

Kementerian Pertahanan sememangnya mengalakkan penyertaan kaum bukan bumiputra ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, baik ke dalam perkhidmatan tetap ataupun kepada pasukan simpanan seperti Askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM.

Namun begitu, apa yang telah dihasratkan oleh Rejimen 501 (510) untuk menubuhkan satu kompeni sukarelawan yang terdiri dari kaum Cina sahaja merupakan suatu salah tafsiran visi kerajaan untuk menubuhkan satu kompeni Askar Wataniah untuk setiap kawasan parlimen. Seharusnya kompeni tersebut mempunyai unsur kepelbagaian penglibatan kaum-kaum di Malaysia, sebagai satu platform untuk memupuk dan mengukuhkan semangat perpaduan.

Sumber:- dari Kementrian Pertahanan.

Rejimen 501 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Sri Rajang di Sibu bercadang menubuhkan satu kompeni kaum Cina dianggotai kira-kira 120 pegawai dan pangkat-pangkat lain.

Sumber- Malaysiakini

Tujuan kita bersama dan berada dalam satu UNIFORM adalah untuk menyemai dan mencari KESATUAN PERSAMAAN dan mengajar rasa tanggunggjawab serta sanggup berkorban...Itu sebab kita rakyat Malaysia wujud.Namun jika hanya dihadkan penyertaan untuk sesuatu bangsa..apakah akan jadinya ? Sama seperti SJK ( C ) ?Universiti2 berasaskan komposisi kaum tertentu ?

Apatah lagi di dalam benteng ke tiga ketenteraan negara.Maka wajiblah cadangan ini diperhalusi...sehalus2nya.Jangan sebab nak fofulerrrr....hohoho

Squad.........dari kiri,cepaaaaaat jalan. hohoho

No comments: