Mencari kebenaran dalam kotak fikiran. Mencerna kebathilan dari sudut pandangan. Melawan dengan carikan kata-kata. Diri tetap berdiri..rebah itu tetap pasti. Tapi bila sampai waktunya.tiada siapa mampu tafsir.
SELAMAT DATANG....WELCOME....
Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri
Wednesday, 17 August 2011
.Anak2 kita cuba diterapkan dengan Unsur Kristianiti ?
17 August 2011
Murid dedah diajar nyanyi lagu Kristian
August 17, 2011 JPN Wilayah Persekutuan siasat murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia diajar nyanyi lagu Kristian.
KUALA LUMPUR : Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan
Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.
Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.
Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.
Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.
Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.
Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut - FMT
Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang isu ini,jika benar dan terbukti...seharusnya pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan pantas.Minda yang masih hijau diterapkan dengan ajaran menyimpang dari Islam.
Atas dasar apa?..
toleransi agama ? ( baru 7 tahun-nak faham apa ? )
Amat menyedihkan.....
NAmun siasatan masih berjalan..:(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment