SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Friday, 22 July 2011

Kenapa Peguam Dari Perancis Ditahan Oleh Imigresen ?

Di sini Sumber:Minda Hamba Sendiri memetik dari blog rbf ttg kecoh di laman-laman web dan blog pembangkang berhubung penahanan seorang peguam yang di bawa masuk oleh NGO yang mempunyai kaitan dengan pembangkang yang bernama Suaram.

Lebih malang lagi apabila seorang Ahli Parlimen Pas yang juga rakan seperjuangan Khalid Samad yang sama-sama memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh kaum kristian membuat kenyataan bodoh di laman milik Parti Ajaran Setan.

Kalau tak tahu undang-undang tak payah jadi ahli parlimen.

Untuk pengetahuan semua, peguam itu masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial 90 hari. Beliau dibenarkan berada di Malaysia selama 90 hari sebagai seorang pelancong.

Undang-undang Imigresen negara kita telah menetapkan, seseorang warga asing yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa pekerjaan, bersyarah, berceramah, pertunjukan, persembahan dan jauh sama sekali untuk mencampuri urusan politik Malaysia. Juga tidak dibenarkan menjalankan urusan mengutip wang atau menerima upah.

Mana-mana warga asing yang ingin melakukan perkara-perkara yang dicatatkan diatas perlulah mendapat visa khas atau kebenaran Imigresen terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, anda jangan ingat apabila pemain-pemain bolasepak Arsenal , Liverpool dan Chelsea atau mana-mana artis antarabangsa yang masuk ke Malaysia untuk melakukan pertunjukan atau persembahan mereka masuk sebagai pelancong biasa.

Sebelum mereka masuk, penganjur-penganjur yang menjemput mereka terlebih dahulu memohon kebenaran atau kelulusan Imigresen. Kalau melibatkan pasukan bolasepak luar negara pihak FAM yang akan memohon kepada Imigresen.

Dalam kes yang melibatkan peguam dari Perancis ini, beliau masuk sebagai pelancong kemudian pergi beri ceramah bersama dengan pemimpin-pemimpin politik pembangkang di Pulau Pinang malam tadi. Kemudian malam ini nak pergi ceramah dengan Teresa Kok pula di PJ , dan esok nak pergi ceramah di Ipoh pula.

Orang asing dah terang-terang melanggar undang-undang negara kita, adakah pihak berkuasa negara kita nak biarkan sahaja atau nak tengok sahaja dia melanggar undang-undang ? Negara kita negara berdaulat, kita ada undang-undang, kenalah patuh undang-undang kita sepertimana kita mematuhi undang-undang apabila kita melawat negara orang.

Bolehkah sekiranya hari ini peguam-peguam dari negara kita seperti Datuk Shafie Abdullah, atau peguam Pas , Hanifa Maidin pergi ke Perancis kemudian berceramah dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang di sana memburuk-burukkan pemimpin yang memerintah negara berkenaan ?

Tidak cukup lagikah penceramah-penceramah dari parti Pas, PKR dan DAP yang boleh digunakan untuk bercakap isu kapal selam dan Al Tantuya sehingga perlu mengimport perceramah dari Perancis ?

Dah bertahun-tahun mereka ceramah tentang isu kapal selam dan Al Tantuya,pernahkah pihak polis atau imigresen menangkap mereka ?

Dalam hal penahanan ini bukannya salah Jabatan Imigresen atau KDN. Mereka menguatkuasa undang-undang yang ada. Kesalahan perlu diletakkan kepada penganjur yang membawa masuk peguam itu kerana tidak ikut proses undang-undang yang telah ditetapkan.

Dalam hal ini penganjur memang sengaja hendak penangkapan berlaku dan tidak pasal-pasal peguam itu menjadi mangsa. Sebagai sebuah NGO yang ada pelbagai latar belakang ahlinya termasuklah peguam, mereka pasti tahu undang-undang. Tetapi mereka sengaja nak cabar dan langgar undang-undang supaya pihak berkuasa bertindak. Apabila tindakan diambil, maka bolehlah mereka politikkan tindakan itu.

Peguam itu juga digunakan sebagai alat oleh Suaram untuk mencari duit. Sesiapa yang hendak datang mendegar ceramah itu perlu bayar makanan yang berharga RM 100 sehingga ke RM 500 seorang.

Kalau kamu dah ambil tindakan undang-undang di Perancis, biarkan proses undang-undang itu berjalan di Perancis. Sehingga ke hari ini pun Kerajaan Malaysia tak pernah halang proses undang-undang itu berjalan. Tak perlulah nak heret orang luar terlibat sama ke dalam kancah politik negara.

Sebab itu saya kata mereka bawa masuk peguam itu ke Malaysia kerana dua perkara, pertama kerana politik. Kedua kerana Suaram nak cari duit. Akhirnya peguam itu yang menjadi mangsa.
Salah seorang pembaca mengulas "memang itulah tujuan dia sebenarnya. dia bukan xtau undang2..dia kan peguam...pasal apa pulak dia masuk malaysia pakai pas lawatan sosial kalo tujuan nk berceramah? memang dia saje pon langgar undang2...nk suh imigresen tahan dia...pastu buat fitnah kata dia kena tahan pasal kes yg dia handle...dasar membelit!! tgklah artikel berita yg kuar kat washington post(http://www.washingtonpost.com/world/asia-pacific/malaysia-detains-french-lawyer-fighting-alleged-corruption-by-shipmaker-in-submarine-deal/2011/07/22/gIQA9qwETI_story.html) ....tuduh govt macam2...padahal dia yg salahguna visa!! "s yang kerajaannya Anti ISlam....hoho.bijaknyeee....

Hohohoho.siap minta tolong orang luar..orang Peranci

No comments: