SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Friday, 22 July 2011

KIYAI SALLEH PANGLIMA PERANG ASKAR SELEMPANG MERAH



Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

Sebelum ketibaan pihak British, komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau (MPAJA) telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Mereka dibunuh dengan berbagai cara seperti ditanam hidup-hidup, di pukul sampai mati, diseksa sampai mati, direbus, diseret di jalan dan berbagai-bagai lagi. Ramai Melayu yang terpaksa menyertai komunis akibat terpaksa. Penentangan terhadap komunis dilakukan secara senyap-senyap lantaran bimbang menjadi mangsa kekejaman komunis yang banyak berlindung di sebalik persatuan Cina.

Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di Batu Pahat dan Muar. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjata untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran 'Tentera Selempang Merah', 'Ttentera Parang Panjang dan 'Selempang Merah'. Gelaran ini mengambil sempena Selendang berwarba merah yang dibekalkan kepada setiap ahli perjuangannya yang hanya memiliki parang panjang sebagai senjata urtamanya.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh.Ramai yang mengatakan Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

Beberapa orang penduduk di mukim empat telah menubuhkan satu persatuan yang dinamakan persatuan mahmuddiah untuk menentang komunis. Kejayaan pertama persatuan ini semasa mereka menjemput 2 orang ketua komunis memberi ceramah di kampong mereka, (sorang cina, sorang melayu) mereka di tangkap dan dibunuh di Parit Maimon. Selepas itu komunis telah membalas dendam dengan menyerang Parit Yaakob serta membunuh ketua kampung.

Terdapat juga peristiwa di Parit Bangas, Sri Medan apabila seorang ketua komunis dan 6 pengikutnya diberi makan makanan yang dicampur ngan buah Kecubung menyebabkan mereka mabuk. Mereka kemudiannya di bunuh yang menyebabkan komunis bertindak balas dengan menyerang dan membakar rumah-rumah di Parit Bangas.

Beberapa insiden pertempuran antara orang Melayu dan Komunis juga terjadi di Bandar Batu Pahat, Parit Betong, Kampung Pasir, Parit Sulong, Parit Haji Abdul Hadi, Separap dan Parit Jawa. Kemuncak insiden ini apabila Dato Abdullah (Pegawai daerah Batu Pahat), Haji Hasbullah (Kadi Batu Pahat), Dr. Woodhill (Pegawai Perubatan serta dua orang lagi penduduk telah ditangkap dan dibunuh di sekolah cina benut.

No comments: