SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Saturday 23 July 2011

Melayu..mencari daulat di celahan rapuh jati diri.




Orang MELAYU...masih berdaulat ??..atau hanya RETORIK semata2...jadikan realiti..jangan jadikan SLOGAN...realiti kita saling tikam-menikam membawa diri..PENYATUAN MELAYU ISLAM...."I cannot but consider the Malayu nation as one people, speaking one language, though spread over so wide a space, preserving their character and customs, in all the maritime states lying between Sulu Seas and the Southern Oceans." - Stamford Raffles, 'On the Malayu Nation', Asiatic Researches, 12 (1816): 103.

Itu adalah apa yang di katakan oleh Stamford Raffles. Seorang penjajah yang bermaharajalela di tanah melayu suatu ketika. Kalau diikutkan dengan sejarah melayu dahulu, melayu bukanlah bangsa yang layu,lemah dan tak bermaya. melayu adalah bangsa yang aman merdeka. selat melaka suatu ketika dahulu adalah port yang sangat maju sehinggakan kapal yang hendak berlabuh terpaksa beratur menunggu giliran untuk berlabuh dan berdagang di Melaka pada waktu itu.

Tetapi sehingga suatu ketika, melayu mulai bongkak dan hanya inginkan kesenangan, sehingga menggadaikan maruah kepimpinan kepada bangsa bukan melayu. itu adalah titik tolak kepada kejatuhan bangsa melayu. Selepas kejadian tersebut, mulalah penjajah datang menjajah Tanah Melayu. Bukan tidak boleh untuk melawan, tetapi kerana pada masa tersebut rasuah telah berjaya menambat hati melayu, maka tergadailah bangsa sehingga menjadi pengemis di tanah tumpah darah yang tercinta.

Kalau kita lihat pada masa sekarang, mungkin kejadian dimana tanah melayu dijajah akan berulang kembali. isu Mat Rempit, Dadah adalah agenda utama penjajah untuk kembali menjajah tanah melayu. Kalau kita lihat, MAt rempit dan Mat gian adalah kebanyakan bangsa MELAYU yang kita sanjung selama ini. kalau kita lihat dari sudut politik pula, melayu sudah hampir kehilangan kuasa untuk mentadbir negara sendiri.

Wahai anak bangsa ku, sedarlah.. Melayu kini akan menjadi hamba di rumah sendiri sekiranya mentaliti mereka masih pada takuk ini.. MArilah kita semua bangkit menjadi Tuan pada tanah air sendiri bukan dengan cara mengangkat senjata tetapi dengan cara pemikiran yang tinggi.

SELAMATKANLAH AGAMA KU...SELAMATKAN BANGSA KU...SELAMATKAN NEGARA KU........

Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri 1021 24072011 Bdr Tsk Kesuma

No comments: