SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Sunday, 21 August 2011

PERKASA sokong AKTA MURTAD...




Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas tentang PERKASA yang menyokong agar AKTA MURTAD dikuatkuasakan di MALAYSIA.Agak hairan..ke manakah suara2 pihak2 lain yang katanya istiqamah dalam mempertahankan kesucian agama? Di mana ? Adakah berdiam diri itu satu cara dalam memperjuangkan agama yang makin diinjak2.Hmmm

Namun Sumber:Minda Hamba Sendiri mengingatkan jua agar usaha PERKASA ini akan berterusan dan akan diikuti oleh semua masyarakat ISLAM MALAYSIA tanpa ada prejudis politik.

1)Perkasa menyokong penuh saranan Mufti Perak Tan Sri Harussani agar pihak berkuasa segera menggubal dan meluluskan AKTA MURTAD sebagai langkah mencegah dan menghalang mana2 Pertubuhan Agama Bukan Islam mempengaruhi Umat Islam supaya memeluk agama mereka.Sebelum ini saranan ini pernah dikemukakan oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Tim Menteri Pelajaran Msia.

2)Tindakan ini adalah selari dengan perinsip dan semangat serts roh yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang Menyatakan dengan jelas Islam agama Persekutuan tetapi tidak pula menghalang untuk agama-agama lain terus di amalkan.

3)Perkasa mendesak agar Kerajaan tidak seharusnya terlalu berlembut dan berkompromi dengan isu yang berkaitan dengan soal Aqidah.Tidak ada kompromi dan tolak ansur dalam soal aqidah.

4)Oleh kerana tiadanya akta murtadlah maka terlalu banyak aktiviti yang berselindung -disebalik NGO/ Pertubuhan sukarela, pertubuhan kebajikan,Kelas2 tusyen,aktiviti muzik dan hiburan, serta kelas2 nyanyian dan lain2 pendekatan yang akhirnya terselit dan tersembunyinya agenda sulit penganjur iaitu utk mempengaruhi Umat Islam menganut agama mereka.

5)Hasil siasatan dan kajian yang telah dibuat oleh Perkasa,kita mendapati sasaran golongan ini adalah jenerasi muda,belia dan pelajar yang longgar pegangan agama mereka.

6)Termasuk dalam sasaran mereka juga adalah ibu2 tunggal dan keluarga yang miskin serta susah yang memerlukan bantuan dan pertolongan yang akhirnya badan- badan ini meletakkan syarat kena menghadiri aktivii anjuran mereka serta meminum sejenis ir penawar yang kononnya air suci utk memepengaruhi mereka.

7)Perkasa mendesak pihak berkuasa agar jgn hanya tahu memberikan amaran yang tiada penghujung dan penyelesaiannya sedangkan yang dinantikan oleh Umat Islam adalah tindakan serta hukuman yang sewajarnya agar dapat dijadikan teladan oleh badan2 yang lain yang seringkali melaksanakan serampang dua mata mereka tersebut.

8)Perkasa juga ingin mengingatkan pihak Ibu bapa agar seringkali menyiasat dan menyemak beg sekolah anak2 mereka kerana dikhuatiri terdapatnya bahan2 yang boleh mencemarkan aqidah terutama anak2 yang terlibat dengan kelas tusyen yang diberikan pelbagai tawaran seperti hadiah dan kelas tusyen yang dijalankan secara percuma..Tindakan proaktif daripada ibu bapa adalah penting sebelum nasi menjadi bubur.

9)Perkasa melihat sambutan yang semakin meningkat dikalangan umat islam terhadap aktiviti- aktiviti penyelewengan aqidah ini antara lain adalah kerana sikap liberal pemimpin2 Islam dlm pakatan rakyat yang telah berjaya mencabut roh dan pemikiran melayu serta roh dan pemikiran islam dikalangan Umat Melayu dan Umat Islam dinegara ini …oleh krn terlalu sibuk dgn politik dan segala tindakan hanya bermotifkan politik semata mata maka ianya telah menyebabkan isu yang lebeh besar iaitu yang berkaitan dgn aqidah telah terabai…

10)Perkasa menyeru agar Umat Islam dlm negara ini tak kira apa pegangan dan ideologi politik anutan mereka sepatutnya bersatu serta bersama sama bertindak untuk memerangi gerakan pemurtadan yang sedang rancak bergerak dlm negara ini…Seluruh Umat Islam wajib seiya dan sekata apabila berhadapan dgn isu yang berkaitan dgn aqidah…

Janganlah segala galanya nak dipolitikkan termasuklah hal yang berkaitan dengan persoalan Aqidah…
Bersatu kita Teguh Bercerai kita Roboh…..Berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah (Agama Allah) dan janganlah kamu bercerai berai….

Ruslan Haji Kasim,
Ketua Penerangan,
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia.

No comments: