Sumber:Minda Hamba Sendiri merasa terpanggil membicarakan hal ini,mungkin kerana selepas membayar zakat tempohari membuatkan minda ini tertanya2...kenapa dengan kekayaan ZAKAT di Malaysia ini,masih ada yang merempat,mengemis malahan MURTAD kerana kemiskinan.
Sementelah dengan hangatnya isu MURTAD dikaitkan dengan pemberian wang zakat,jadi seharusnya kita sebagai pembayar wajib zakat menggesa pihak bertanggungjawab keluar dari kepompong keselesaaan di pejabat dan pergi mencari mereka2 yang BERHAK menerima zakat,bukan sekadar duduk menunggu mereka mengesot merangkak mengemis demi seratus dua wang zakat saban tahun.
Sumber:Minda Hamba Sendiri pernah bertanya hal ini, ada yang menjawab; mana kita tahu, mereka tidak dapat meminta. Sebenarnya, tidak sepatutnya pengurusan zakat terlalu banyak bergantung kepada borang pemohonan. Usaha mencari adalah lebih utama. Ini kerana kebanyakan ‘mak cik-mak cik’ yang telah tua itu amatlah beban bagi mereka untuk mengisi borang. Bahkan dalam Islam, orang miskin yang tidak meminta itu lebih afdal untuk diutamakan. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 273:

Orang miskin dikenali dengan ciri-cirinya, sekalipun tidak meminta. Demikian penjelasan ayat ini. Malanglah bagi pengurusan zakat, jika stesyen televisyen dapat menemui mereka yang miskin melarat lagi menderita, tetapi yang diamanahkan untuk menguruskan zakat tidak berjumpa. Islam tidak suka budaya meminta. Ia suka budaya mencari untuk memberi. Menubuhkan badan penyiasat kemiskinan sebahagian dari tanggungjawab pengurusan zakat.
Juga adalah mendukacitakan, jika wang zakat ini diberikan sekadar seratus atau dua ratus yang hanya cukup untuk setengah bulan atau sebulan. Kemudian terpaksalah si miskin menunggu tahun hadapan pula. Lebih malang lagi jika mereka terpaksa menunggu majlis yang dihadiri wartawan untuk mengambil hak zakat mereka. Sepatutnya zakat diberikan dengan kadar yang mengeluarkan si miskin dari daerah kemiskinan.
Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”.Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah)
Jadi berikan yang HAK kepada yang BERHAK supaya anda yang bertanggungjawab tak disoal waktu di sana nanti..........
Hohohohoho......sekadar memberi peringatan...harap ambilnya sebagai jernih,bukan keruh..hohoho
No comments:
Post a Comment