MCA telah menempelak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),beliau menganggap JAKIM tidak wajar bersikap kertelaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal..
sebaliknya harus menyediakan lebih banyak ruang untuk berkomunikasi khususnya membabitkan pengusaha bukan Islam..
“Walaupun saya faham Jakim mahu mewujudkan standard antarabangsa, mereka perlu membenarkan ruang untuk komunikasi. Mereka tidak boleh bersikap keterlaluan dalam mengendalikan soal mengeluarkan sijil halal,” tegas Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) di sini hari ini.
Dr Chua berkata demikian ekoran banyak aduan daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengenai validasi pengesan DNA yang baru dilaksanakan untuk mengesan pencemaran komponen khinzir dan anjing.
Sumber:Minda Hamba Sendiri mengulas mengenai campur tangan MCA dalam isu cop halal dan JAKIM.Presiden MCA secara membuta tuli menembak JAKIM tanpa usul periksa dan ukur baju di badan sendiri.
Sepatutnya dia boleh berfikir secara rasional dan harmoni dan bukan bersikap berat sebelah dalam mengulas mengenai isu cap HALAL tersebut.
Ini negara ISLAM dan sepatutnya pengusaha2 bukan ISLAM mengambil berat tentang HALAL dan HARAM dalam makanan yang dikilangkan mereka.
Manakala JAKIM seharusnya TEGAS mengambil tindakan dalam isu ini...jika mereka berdegil,tarik saja sijil halal tersebut dan war-warkan dalam media atau portal JAKIM sendiri supaya umat Islam tidak lagi tertipu.Bukan saja produk2 dlm negara,malahan luar negara juga.
Dalam masa itu,pintu rundingan perlu juga dibuka seluasnya...
Pengguna Muslim juga perlu menjadi mata dan telinga JAKIM dalam menyalurkan maklumat.
Hohoho.....lagi mau marah kaaa ?
Sumber:Minda Hamba Sendiri ---- Betul kata betul..salah kata salah...!!!!
No comments:
Post a Comment