AL-FATIHAH...
Remaja
yang menghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14,
yang impiannya untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak menjadi kenyataan bulan lepas, meninggal dunia pada pukul
11.05 malam semalam.
Menurut
pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada
di rumahnya di No 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping dan akan
dikebumikan esok.
Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya.
Nurul
Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan
telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping
Perak. - Bernama
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment