SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Sunday 24 July 2011

Biometrik vs Dakwat Kekal.




Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri mengulas tentang isu terhangat masakini iaitu Biometrik.

Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut.Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan,anak mata,suara,muka,pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA),keystroke,tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.Di peringkat global,penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu.Contohnya,semua lapangan terbang di Amerika Syarikat menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengandungi gambar serta cap jari pelawat-pelawat asing.Negara Jepun pula banyak menggunakan kaedah urat saraf (vein) bagi sistem kedatangan di pejabat /syarikat dan sistem maklumat peribadi di institusi-institusi pendidikan serta kesihatan.

Jenis-jenis teknologi biometrik

CAP JARI

Teknologi cap jari menggunakan imej optik atau electronic field imaging untuk
mengenal pasti identiti melalui pattern-matching dan minutiaes.Imbasan cap jari
individu akan dibandingkan dengan templat cap jari yang disimpan di dalam sistem.Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi di mana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa.Kaedah ini telah lama digunakan di peringkat global bagi pengesahan identiti individu dan pengenalpastian penjenayah.

ANAK MATA (IRIS)

Teknik ini menggunakan ciri-ciri imej anak mata yang unik.Alat pengimbas mata
akan mengambil foto mata yang beresolusi tinggi dan merekodkan data tersebut.Data ini seterusnya akan ditukarkan kepada algoritma dan dibandingkan dengan karakter dan bentuk anak mata yang telah direkodkan.Kaedah ini sesuai digunakan untuk akses lokasi-lokasi yang bertahap keselamatan yang tinggi,contohnya memasuki bilik kebal yang mengandungi bahan-bahan rahsia.

MUKA

Teknologi biometrik ini menggunakan imbasan imej muka iaitu reka bentuk
muka sebagai pengesahan identiti seperti kedudukan hidung,mata,dagu dan
mulut.Sistem pengenalpastian muka akan membuat analisis ke atas data dan membandingkannya dengan templat muka yang terdapat di dalam kad pintar (smart
card)atau templat muka di dalam pangkalan data.Dari segi ketepatan,kaedah ini adalah kurang tepat jika imej muka yang diimbas dibandingkan dari sudut yang
berbeza.Kaedah ini sesuai digunakan bagi mengesan penjenayah terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan orang awam seperti di lapangan terbang dan sebagainya.


Dalam isu penggunaan DAKWAT KEKAL yang di tuntut oleh pihak yang lagi satu,Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri ingin mengulas dan membawa kepada isu hangat pada PRU 2008 yang apabila SPR ingin menggunakan dakwat kekal,heboh pula seseorang membeli dakwat kekal ( yang boleh didapati dengan mudah di Thailand ).Mujurlah SPR membatalkan hasrat tersebut.

Penggunaan dakwat kekal jua boleh dijadikan taktik kotor MENIDAKKAN HAK MENGUNDI serta meracuni pemikiran dan perbuatan warga tua atau warga Malaysia yang tak tahu menahu tentang taktik kotor tersebut.Dakwat boleh dicalit...dan kemudian dikatakan tidak boleh pergi mengundi lagi,walau individu tersebut belum mengundi lagi.SIAPA TAHU ?..sedangkan mati boleh dilakon-lakon kan ,apatah lagi hal enteng ini.


hohohohoho...apa kata anda ? Semua benda dipolitikkan..dulu kata tak nak,sekarang kata nak...hohohoho

No comments: