SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Monday, 25 July 2011

Tanya sama POKOK - Rejimen Askar Wataniah ( AW ) dipersoal ?

Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri mengulas satu tweet dari seorang yang pernah mengingkari titah DYMM Yang diPertuan Agong tempoh hari.Kali ini dengan jiwa yang masih tak tenang dia mempersoalkan sesuatu yang sensitif...iaitu Rejimen Askar Wataniah.Kenapa?dan jika kita biarkan,mungkin Rejimen Askar Melayu pula akan dipersoalkan....

Untuk pengetahuan inilah pemimpim pelampau yang memimpin gerakan bersama pembangkang utk mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Dan kini dia mempersoalkan kewujudan Askar Wataniah di setiap Parlimen sedangkan ianya sangat penting untuk kedaulatan negara.

Kita mempersoalkan kenapa Ambiga begitu berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa jika bukan kerana mahu terus mencetuskan kekacauan di negara ini.Adakah dia ada agenda tersembunyi dalam menguburkan kewujudan benteng kedua negara selepas Angkatan Tentera Malaysia ? persoalan.....

Dimanakah semangat PATRIOTIK Ambiga ? Kenapa perlu politikkan kewujudan Askar Wataniah ? Adakah sudah ada gerakan yang bekerjasama dengan orang asing yang mahu melancarkan perang terhadap DYMM Yang diPertuan Agong dan negara ?

Fikir-fikirkan lah .... oh ya ... Sumber:Dari Minda Hamba Sendiri cadangkan Unit Amal PAS atau Angkatan Muda Keadilan atau Sayap Pemuda DAP boleh menyertai Askar Wataniah supaya dapat kita bersama-sama mempertahankan negara dari anasir-anasir dalam dan luar negara.

Jangan kita hanya tahu membentak dan mengkritik.....hohoho.

No comments: