SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Monday 1 August 2011

HOT !!!!! JUVANA in the making...live @ Johor ?

Laporan dakwaan kejadian dera dikemukakan kepada Kementerian Pelajar

Sumber : Dari Minda Hamba Sendirimengulas tentang Jabatan Pelajaran Johor yang telah mengemukakan laporan kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan selanjutnya berhubung dakwaan kejadian dera melibatkan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU), di sini, ketika menghadiri kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas.

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor A.Ghani, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu berkata, laporan berkenaan dikemukakan semalam berdasarkan hasil maklumat yang diberikan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKBBU serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Baharu.

"Laporan itu dikemukakan segera bagi memastikan dakwaan berhubung kejadian itu dapat diselesaikan segera," katanya di sini hari ini.

Semalam, 33 pelajar lelaki terbabit mendakwa didera secara fizikal termasuk dibotakkan kepala, dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk dan diarah memakai persalinan banduan semasa berkursus selama tiga hari di penjara berkenaan.


Mereka turut mendakwa dilayan tidak ubah seperti banduan sepanjang tempoh berada di penjara itu. -di petik dari - Bernama

Hohohoho.ingatkan nak buat filem Juvana Daim vs

Botak...hohohoh

No comments: