SELAMAT DATANG....WELCOME....

Selamat menyelami cernaan minda tepat dari Sumber:Minda Hamba Sendiri

Wednesday, 25 January 2012

Page Fb BEBAS satu lagi PRODUK sesat lagi menyesatkan !!!




Sumber:Minda Hamba Sendiri melihat kewujudan page Facebook https://www.facebook.com/groups/136882106413159/  dengan bermottokan BEBAS - Freedom of Religion & Conscience in Malaysia dan bermatlamat "" Kami berpegang, bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk kebebasan berfikir, suara hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan agama atau kepercayaan dalam pengajaran, amalan, pemujaan, dan penyebaran. Kita mesti mempertahankan kebebasan di mana ia telah merosot di Malaysia, agama semakin digunakan sebagai politik sempit dan perkauman. Laman ini adalah sama sekali tidak menyatakan apa agama atau sistem kepercayaan yang betul atau salah, tetapi hanya untuk mempertahankan hak setiap insan manusia untuk memilih dan mengamalkan agama atau kepercayaan pilihan mereka sendiri, bukan dengan menggunakan paksaan atau kerana pihak berkuasa yang lain.

We uphold that all Malaysians have the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change religion or belief, and freedom of religion or belief in teaching, practice, worship, and dissemination. We must defend freedom where it has deteriorated in Malaysia, religion increasingly be used as narrow and communal politics. This page is totally not about which religion or belief system is right or wrong, but to defense the right of every human beings to choose and practice his or her religion or belief of their own choice, not by force or authority of others.""



adalah sebagai satu PENCABULAN malah penghinaan terhadap :

Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 yang menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama nya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama negara, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).


Kewujudan page ini membuahkan KEKELIRUAN dan cuba menyemarakkan penentangan terhadap Agama  Islam di Malaysia walau berlapik dengan kata2 
  " Laman ini adalah sama sekali tidak menyatakan apa agama atau sistem kepercayaan yang betul atau salah ".

Menggunakan logik akal dalam mentafsirkan AGAMA..malahan dalam komen2 yang diberikan memperlecehkan malah memperolokkan kesucian AGAMA ISLAM adalah bersifat permusuhan.

Dari satu segi,page ini adalah TOPENG untuk menyebarkan ISLAMOPHOBIA dan menjadi landasan untuk menghentam malah menrekrut ahli2 nya supaya menjauhi ISLAM..............nauzubillahiminzalik....

Seharusnya pemantauan oleh PIHAK BERKUASA amat diperlukan.Tindakan dari saudara-saudari seAGAMA malah seNEGARA juga amat digalakkan untuk memelihara kerukunan beragama di Malaysia.


Sumber:Minda Hamba Sendiri------->Ini maknanya Bebas ??? Songsang..
Apa yang anda boleh lakukan....???
 

 
Sekecil perjuangan..........!!! 


 

No comments: